Hari ini saya nak kongsikan panduan dan cara beli barang di Taobao menggunakan SGshop Malaysia. Taobao merupakan laman web beli belah online seperti Amazon dan Ebay yang terbesar di China dengan jumlah transaksi boleh mencecah sehingga billion dollar USD dalam masa sehari. Taobao dimiliki oleh Alibaba Group yang juga merupakan pemilik kepada laman AliExpress. Boleh dikatakan practically everything ada dijual di laman Taobao – pakaian, gajet, alatan rumah, kasut, permainan kanak-kanak serta banyak lagi pada harga yang lebih rendah berbanding dengan harga ditawarkan di laman beli belah online lain. Beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai pengguna internet Malaysia memilih untuk online shopping di Taobao kerana faktor pilihan yang banyak serta harga murah.
Cara Beli Barang Di Taobao Menggunakan SGshop Malaysia
Kenapa perlu guna SGshop sedangkan anda boleh shopping terus di taobao.com ?
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, agak sukar membeli belah di Taobao kerana website Taobao adalah dalam Chinese dan tiada versi khas dalam English untuk pembeli International. Pendaftaran akaun baru agak mengelirukan serta anda sendiri perlu menanggung risiko penghantaran barang dari China dan pemulangan semula sekiranya barang yang anda beli itu mengalami masalah.
SGshop memudahkan anda untuk shopping di Taobao secara worry-free – semuanya akan diuruskan – order, pembayaran, penghantaran, kualiti barang serta urusan kastam. Tak perlu lagi ke China untuk dapatkan barangan yang diinginkan dan dapatkan peace of mind dengan trusted Taobao Agent iaitu SGshop.
Panduan Menggunakan SGshop Untuk Beli Barang di Taobao
Sekiranya anda belum mempunyai akaun Taobao, anda boleh terus membeli di Sgshop dengan mendaftar akaun baru – klik [Daftar Akaun SGshop].
Anda boleh gunakan search engine di SGshop atau anda boleh browse di Taobao/Tmall dan copy paste link ke kotak carian SGshop.
Kiri : SGshop | Kanan : Taobao (Link Asal)
SGshop akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan (domestic shipping) dan juga pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Sekiranya berminat, anda boleh add to cart dan juga terus ke pembayaran atau sambung membeli barangan lain pula.
Contoh pembelian di SGshop – item adalah Roidmi 2S yang dijual di TMall. Sekiranya anda membeli barangan yang mudah pecah atau rosak atau barangan yang mahal, anda boleh klik butang SG Care untuk perlindungan dengan sedikit caj tambahan.
Pembayaran boleh dibuat menggunakan Credit Card/Debit Card, Online Banking serta Bank Transfer.
Fasa order di SGshop biasanya dalam turutan : Order barang daripada Taobao —-> Taobao hantar barang ke SGshop China Warehouse —-> SGshop akan membuat quality inspection ke atas barangan samada ada defect —-> penghantaran ke Malaysia —-> penghantaran kepada alamat pembeli.
Sekiranya anda membuat pembelian yang banyak daripada penjual yang berlainan di Taobao, anda boleh kumpulkan semua barangan di China Warehouse dan kemudian request untuk penghantaran sekaligus. Cara ini boleh bantu anda lebih jimat masa dan jimat kos penghantaran.
Untuk penghantaran ke Malaysia, anda boleh pilih penghantaran secara Economy atau Express. Biasanya penghantaran Express anda akan dapat barang dalam tempoh 7 hari manakala Economy dalam masa 14 hari.
Cara beli di SGshop sekiranya anda sudah mempunyai akaun Taobao
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Taobao, anda boleh menggunakan servis Ship For Me. Anda boleh dapatkan alamat peribadi anda di dalam My Account > Ship For Me > China Address dan anda perlu masukkan alamat ini ketika membeli di laman Taobao. Barang yang anda beli akan dihantar ke China Warehouse dan kemudian anda boleh request untuk hantar ke Malaysia.
Yang menarik bila shopping di Taobao adalah anda boleh beli barang pada harga yang lebih murah berbanding yang di jual di Malaysia atau anda boleh dapatkan barangan yang rare atau sukar di cari di kedai-kedai atau secara online di Malaysia.
Saya biasanya mencari aksesori phone, alatan kamera dan gajet di Taobao manakala isteri saya gemar mencari barangan fashion, mainan kanak-kanak dan sebagainya. Makin seronok shopping online bila dah jumpa ‘lubuk’ untuk dapatkan barangan murah, kan?
Untuk maklumat lanjut anda boleh lawat :
SGShop – http://www.sgshop.com.my/
Facebook – https://www.facebook.com/SGshopMalaysia
Instagram – https://www.instagram.com/sgshop_malaysia
Jom kongsikan cara beli barang di taobao menggunakan SGshop dengan rakan-rakan anda di facebook, twitter dan whatsapp.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
maizul.com
boleh try SG pulak lepas ni. tq cuma tak pasti apa kelebihan SG beranding Agen Taobao yang lain.
Einz
basically SGshop provide platform sendiri yang convenient untuk automation order dekat taobao.
agent taobao lain masih ada yang pakai cara traditional; user kena minta quotation daripada agent before proceed.
Mohd Saifulizmin Mustapa
Sy nk beli Digital Camera Yi YDXJ01XY. Tq einz =)
Khaleef Khairul Anuar
saya nak beli mi band
Zubir
Saya nak beli Intelligent Aerial UAV 1080 HD Remote Control Four Axis Aircraft Unmanned Aircraft..Drone
Tq einz.my
Nik
Saya nak beli bluetooth earfon. Harap2 ade rezeki saya menang rm100.tq einz.my
Khairul Adha
kos shipping berapa? dan kenapa currency dia x tepat ye?
Einz
Kos shipping depends on pilih yang express or economy dan berat volumetric item yang dibeli tu.
Contoh, beli baju2 biasanya murah shipping berbanding beli barang2 yang ber-kilo2 berat dia.
Currency dia tu slightly higher than current Yuan/RMB exchange rate.
Khairul Adha
oowh ok, maybe diorang amik untung situ lah sikit.. letak currency tinggi skit dri biasa..haha
mia
nak tnya, pembayaran shipping tu dbayar selepas kita dapat item ataupun dbayar semasa pembelian online?
Shafiq Izzuan
Sangat senang guna agent ni. Baru cuba pembelian pertama. Tengah menanti barang tiba. Terima kasih admin.
Ika
Macamana ekk? Dah submit tapi macamana nak tahu dah processing ke belum?
Einz
Submit part mana satu ya?
Ika
Semalam status barang tu purchased. Hari ini Toward warehouse (china) . Barang tu akan sampai ke SGshop dulu ke? Then macamana dia nk pos pada kita. Sebab saya takde isi maklumat alamat saya. 😧 . Mohon pencerahan awak. 😁
Einz
Dah reply kat email awak.
Tunggu item tu sampai kat sgshop warehouse china, pastu baru masuk alamat penerima di malaysia. nanti bayaran pos dari china ke malaysia tu depends nak economy or express.
zam
masih xpaham mcm mana nak buat pembelian..kita dah klik submit order then kena isi smua details yg dia mintak ke…mcm URL tu..nak copy dari mana..
xon
estimate brg sampai dlm berapa hari ye
marliyananorman
macam mana nak guna tak reti dah cuba guna sgnshop kua bahasa cina
Einz
sgshop boleh tukar ke english
Ika
Hai awak. Minta emel boleh?
Einz
https://einz.my/contact-us/
Micro
Ni klu bli kna bayar dlu lah.lpas byr.proses bru blh bg alamat ke mcmana.xfaham
Klu bli elc waterball gun lepas eh msk mlysia😁
Micro
Alamat mcmana ye.klu dh bli.tggu proses dulu ke mcmana?
Klu bli elc waterball gun lepas x msk mlysia
Einz
nanti barang sampai ke warehouse china baru masukkan nama, alamat, no phone penerima di malaysia.
kalau beli barang macam airgun etc kalau sangkut kastam rugi jugak.
Muhammad Iznur Azlan
macam mana nak beli kat Sgshop ye,sbb sy da daftar akaunnya dan search engine utk cari brg ape yg saya minat tp bila saya klik tu cart tu, klua 1 icon utk suh kita confom item yg kita klik tu nak ke x, bila sy da klik xde pn masuk dlm icon my cart tu.. Mcm mana ekh..
Einz
Biasanya straight forward je, pilih mana2 item yang nak beli pastu tekan add to cart dan bayar.
Cuba upload screenshot ke imgur dan paste link dekat sini part mana yg tak faham tu
Muhammad Iznur Azlan
selalu kalau nak beli barang di Sgshop ni kena pakai [email protected] ye? Saya nak tau juga tu, mungkin salah satu factor xblh nak beli..
Einz
Beli kat sgshop guna laptop @ phone dua2 boleh. Nak mudah pakai laptop, boleh bukak banyak2 browser sekaligus.
nurul
nak tanya kalau beli iphone dkt sgshop ni trusted tak sbb murah sngt hrga dari harga market malaysia. ip7 plus rm500 something je
Einz
kalau iphone beli dekat lazada, 11street atau kedai2 apple reseller macam machines, senheng, harvey norman.
jangan beli iphone imported set, china set etc atau iphone yang terlalu murah tu. mesti fakes.
kakdeng
salam. nak tanya kenapa sy cuba register SGSHOP tu tak dapat. macam mana format untuk phone number? dia asyik cakap wrong format je.
Pai
hello sy Pai, saya ada kekeliruan utk bahagian ‘ship for me’. sy suda order ‘complete’ barang dan bayar shipping fees. suda 1 bulan lebih sy belum dapat barang yg sy ordered. berbalik kepada ‘Ship for me’ – ‘submit order’ sy tidak pass. sy sukar mendapat number order. apa cara yg mudah sy faham utk dpatkan ‘number order’ ? thank you.
nur azzura senin
hello say asz, saya dah buat pembelian melalui sgshop ikut step mula hingga pembayaran. Selepas pembayaran sy dah x buat apa2 sebab sy x tahu apa yg perlu sy buat. Saya dah semak status my order dan barang yg sy bayar tu status ‘comfermed’. Ada apa2 ke langkah yg seterusnya saya perlu buat untuk barang yg saya beli ini?
mikael razzani
no wssp please ajar saya nnti saya payment . insyaAllah
Norsapiah Che Omar
Hai.. Saya baru guna sgshop. Saya dah beli brg dan buat payment. Masalah saya ialah saya dah x boleh masuk akaun sgshop saya walaupun saya dah masukkan I’d yg betul. Bila saya tekan forget password, system Ada hntr no kt hp tapi masalahnya saya xtahu nk masukkan no tu di mana.
hamidah
Hey bmcm mna nak minta pulangan duit balik ya sbb barang rosak sgshop bgtw
Einz
Kalau ada buyer protection contact sgshop untuk return atau refund
moksin zakaria
dari brunei mana mahu daftar register. bolih kah ikut daftar