Cara Beli Barang Ikea Secara Online Di Web Ikea Malaysia Dan Kos Penghantaran Ke Rumah Anda

cara beli barang ikea online malaysia

Beberapa bulan lepas Ikea Malaysia telah membuka laman online shopping kepada semua penduduk Malaysia. Sebelum ini, sistem order dan delivery Ikea hanya terhad kepada beberapa kawasan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur sahaja. Kini, anda boleh beli barang ikea secara online di web Ikea Malaysia dan tunggu sahaja penghantaran dibuat ke rumah anda. Cara beli barang ikea secara online dan kos penghantaran pula saya akan ulaskan di bawah.

Cara Beli Barang Ikea Secara Online Di Web Ikea Malaysia

cara beli barang ikea malaysia online

Pertama sekali, buka laman web Ikea Malaysia.

Ikea Malaysia Online Store

Mulakan pencarian barang atau perabot Ikea yang anda hendak beli, seperti armchair atau wing chair. Untuk memudahkan pembelian secara online, tekan butang ✓ Buyable Online di katalog barang.

ikea malaysia delivery cost

Kos penghantaran bagi pembelian di store Ikea Malaysia ialah minimum RM40.00.

  • Parcel Delivery – menggunakan POS Laju untuk pembelian barangan bersaiz kecil seperti mainan, bateri, alatan dapur
  • Truck Delivery – penghantaran menggunakan lori untuk pembelian barangan besar dan berat seperti perabot
Penghantaran di Malaysia BaratCaj Penghantaran
Parcel deliveryRM40
Truck deliveryBermula RM98 bergantung kepada kawasan

Manakala untuk penghantaran di Sabah dan Sarawak pula;

Penghantaran di Malaysia BaratCaj Penghantaran
Parcel deliveryRM100
Truck delivery (Kuching, Miri, Kota Kinabalu sahaja)RM675

Anda boleh masukkan poskod di sini untuk mengira kos penghantaran ke rumah.

kos penghantaran ikea malaysia ke rumah

Untuk sesetengah barangan, anda juga boleh pilih untuk penghantaran sekali dengan pemasangan dengan sedikit penambahan kos. Contohnya pemasangan perabot yang memakan masa dan tenaga yang banyak kalau buat sendiri, ada pilihan untuk bayar sahaja kos pemasangan.

Secara ringkas, kos penghantaran barangan Ikea ke rumah adalah agak mahal terutama sekali bagi pembelian barangan secara Parcel delivery. Dari segi perspektif lain, penghantaran secara Truck Delivery dan pemasangan boleh kira berbaloi sekiranya anda beli beberapa barang mahal, besar dan berat sekaligus dalam satu order dan hantar ke satu alamat. Boleh juga ajak ahli keluarga, rakan atau jiran berkongsi order untuk jimatkan kos penghantaran tanpa perlu sewa lori.

ikea malaysia lazada online store

Sekiranya anda rasa kos penghantaran di web Ikea Malaysia agak tinggi, boleh cuba cari barangan Ikea di Lazada Malaysia. Biasanya barangan Ikea di Lazada dijual oleh reseller tetapi kadang-kadang harga yang dijual tidak beza sangat dengan harga Ikea. Boleh cari dan banding dulu sebelum beli.

Beli Barang Ikea @ Lazada Malaysia

ikea malaysia shopee store

Atau anda boleh juga beli barang di Shopee Malaysia. Saya pernah beli bateri Ikea Ladda di Shopee dan beza harga hanya RM10 berbanding harga Ikea. Masuk akal.

Beli Barang Ikea @ Shopee


Boleh komen jika ada sebarang pertanyaan tentang cara beli barang ikea secara online ya.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply