Cara Beli Barang Online di Watsons Malaysia – Tips Penghantaran Percuma dan Cashback Guna E-Wallet

cara beli online watsons malaysia

Pasti ramai yang suka beli makeup, skin care, supplement dan banyak lagi di Watsons kan? Sebab Watsons ni macam-macam ada, niat nak beli 1,2 barang saja tapi masuk Watsons tiba-tiba je penuh satu bakul barang yang dibeli. Tapi nak beli barang di kedai Watsons kadang-kadang tu banyak habis masa cari parking dan beratur untuk pembayaran, belum ditambah lagi duit minyak. Saya sendiri kini banyak beli barang di Watsons secara online sejak lebih 2 tahun lepas lagi kerana lebih mudah dan jimat.

Jom saya ceritakan cara beli barang online di Watsons Malaysia dan bagaimana untuk dapatkan penghantaran percuma serta cashback selepas pembelian.

Cara Beli Barang Online di Watsons Malaysia – Tips Penghantaran Percuma dan Cashback Guna E-Wallet

cara beli barang online di watsons malaysia

Pertama sekali, daftar akaun baru di laman web Watsons menggunakan email dan kemudian log masuk.

Watsons Malaysia Online Store

Kemudian masukkan carian barang yang anda nak beli secara online di Watsons. Contohnya, saya add to cart Cosmoderm Vitamin E Cream dan Serum Melano CC untuk parut jerawat. Biasanya setiap kali beli di laman web Watsons, saya akan order minimum RM150.

Tip beli di laman web Watsons

  • pembelian minimum sebanyak RM150 diperlukan untuk anda dapat penghantaran percuma
  • jangan lupa link-kan kad keahlian Watsons dengan akaun online di web Watsons untuk kumpul atau tebus Watsons Points.
  • anda boleh pilih untuk Home Delivery (pos macam biasa) atau Click & Collect at Local Watsons (order secara online tapi ambil barang di kedai Watsons berdekatan).
  • kaedah pembayaran ialah online banking (Maybank2u, Cimbclicks), debit card, credit card dan juga Boost E-Wallet

Watsons Malaysia Online Store

watsons malaysia boost e-wallet

Watsons kini menyokong Boost E-Wallet sebagai kaedah pembayaran. Berbanding pembayaran secara biasa, Boost membolehkan anda mengumpul cashback (dapat duit balik).

boost shake reward cashback

Contoh cashback yang saya dapat ketika membuat pembayaran menggunakan Boost.


Beli Watsons di Shopee Malaysia

beli watsons shopee malaysia

Watsons juga turut menjual barangan di Shopee. Yang menarik ialah hanya perlu belanja sebanyak RM40 untuk penghantaran percuma. Tetapi pembelian di Watsons Shopee tidak memberikan anda Watsons Points seperti di web Watsons.

Watsons Official Store | Shopee

Klik butang untuk membeli secara online di Watsons Shopee.


Beli Watsons di Lazada Malaysia

watsons lazada malaysia

Watsons juga mempunyai kedai online rasmi di Lazada Malaysia. Seperti Shopee juga, Watsons Lazada banyak memberikan tawaran istimewa seperti penghantaran percuma untuk jumlah pembelian tertentu, voucher diskaun dan banyak lagi.

Watsons Official Store | Lazada

Klik butang untuk membeli secara online di Watsons Lazada.


Saya berharap panduan cara beli barang online di Watsons Malaysia ini mampu membantu ramai pelanggan setia Watsons seluruh Malaysia. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda di media sosial.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply