Cara Buka Akaun PayPal – Link Paypal Dengan Bank Malaysia, Debit Card dan Credit Card

cara buka akaun paypal malaysia

PayPal merupakan servis yang mengendalikan urusan pemindahan wang secara digital yang telah lama bertapak di Internet sejak kira-kira dua dekad lamanya. Hingga ke hari ini, PayPay masih digunakan secara meluas untuk pemindahan wang merentasi negara dan benua dan juga pembayaran bagi pembelian barangan fizikal ataupun digital di ribuan laman web seperti Ebay, Apple Store, Play Store, Steam dan sebagainya.

Tutorial ringkas ini adalah mengenai cara buka akaun PayPal Malaysia dan juga cara untuk sambungkan bank Malaysia seperti Maybank, CIMB dan juga kad kredit serta dan kad debit dengan akaun Paypal.

Cara Daftar Akaun PayPal Malaysia

cara daftar akaun paypal malaysia

Untuk mendaftar akaun PayPal baru di tahun 2020 ini sangat mudah, tak seperti zaman 10 tahun lepas di mana prosesnya agak rumit dan memerlukan tempoh masa pemprosesan yang lama.

Apa yang ada perlu buat hanya buka paypal.com dan tekan sign up menggunakan akaun email. Boleh juga klik butang di bawah untuk buka akaun Paypal Malaysia.

cara link debit card paypal malaysia

Bagi anda membunyai baki wallet Paypal yang $0  atau yang merancang menggunakan Paypal untuk pembayaran atau pembelian, pertama sekali anda perlu link debit card atau credit card dengan akaun Paypal. 

Pengguna credit card biasanya tidak ada masalah, kerana majoriti bank di Malaysia membolehkan anda anda link credit card dengan akaun Paypal secara terus. Hanya masukkan nombor kad kredit, pilih VISA atau MASTERCARD, tarikh luput dan nombor sekuriti 3 digit.

Saya sendiri guna kad kredit Maybank2 Gold Cards untuk link dengan Paypal, mudah dan cepat.

cara link kad debit paypal

Confirm Card – anda boleh mengesahkan kad anda dengan Paypal dengan bayaran sebanyak RM10. Bayaran RM10 ini akan dicaj ke dalam penyata (statement) card anda bersama kod unik bagi tujuan pengesahan. Kemudian RM10 itu akan dikembalikan semula kepada akaun anda. Tujuan pengesahan kad ini adalah untuk anda mempunyai credit limit yang lebih tinggi untuk berbelanja atau pembayaran. 

Bagi pengguna kad debit pula, tidak semua kad debit bank Malaysia yang anda boleh link dengan Paypal. Anda perlu aktifkan dulu pembelian online (activate debit card online purchase) dengan pengeluar kad debit seperti CIMB, Maybank dan sebagainya. 

Jika anda merancang untuk menggunakan kad debit dengan Paypal, saya cadangkan anda link kad debit BigPay dengan Paypal, mudah, jimat dan lancar. Dalam banyak-banyak debit card, debit card terbaik untuk Paypal di Malaysia ialah Airasia BigPay. Rujuk cara di bawah untuk mula menggunakan BigPay dengan PayPal.

airasia bigpay card

Kad debit Airasia Bigpay merupakan kad debit khas bagi mereka yang gemar membeli secara online dan juga bagi yang suka travel ke luar negara. Kad debit Mastercard BigPay ini boleh guna sebagai kad debit fizikal untuk anda membayar atau membuat pembelian di kedai fizikal dan juga untuk pembayaran online secara global. 

Pengalaman peribadi saya BigPay boleh guna di PayPal, Amazon, Steam, App Store, Play Store dan ribuan lagi platform online lain. 

BACA :  Cara Upload Gambar Daripada PC Ke Instagram Menggunakan Chrome Browser

Download aplikasi Bigpay di App Store atau Play Store dan daftar menggunakan invite code QBUCQY9WYL untuk kredit RM10 percuma. Anda perlu topup dulu sebanyak RM20 semasa pendaftaran dan RM20 itu akan dimasukkan ke dalam baki BigPay anda selepas proses daftar siap. Kad debit Bigpay akan di-pos ke alamat rumah anda selepas pengesahan dibuat dan anda boleh shopping online sepuas hati dengan pelbagai faedah lain.

Kad debit BigPay adalah sama seperti kad debit Mastercard, anda hanya perlu masukkan nombor kad debit, tarikh luput, nombor sekuriti dan alamat semasa anda link debit card dengan akaun Paypal.

Bezanya anda tak perlu lagi aktifkan kad debit bank untuk online purchase, dan anda jimat dari segi kadar tukaran wang kerana kadar yang ditawarkan BigPay lebih murah berbanding kadar yang ditetapkan oleh Bank.

cara link akaun bank paypal malaysia

Cara link akaun Bank Malaysia dengan Paypal juga sangat straightforward, hanya perlu masukkan nama bank, nombor kod MEPS atau SWIFT CODE dan nombor akaun bank.

Selepas anda dah sambungkan akaun bank CIMB, Maybank dll dengan Paypal, selepas ini anda boleh withdraw atau transfer duit daripada Paypal masuk ke akaun bank.

Dengan kerjaya saya sebagai Blogger, saya sering kali juga menerima bayaran masuk daripada syarikat-syarikat menggunakan kaedah Paypal, selain Payoneer dan wire-transfer.

Cara Transfer Duit PayPal ke Akaun Bank dan Debit Card

cara transfer paypal ke akaun bank

Cara pindah masuk duit daripada PayPal ke akaun bank biasanya memerlukan masa sehingga 2-3 hari bekerja. Manakala untuk pindah masuk ke debit card pula, perlukan hingga 7 hari bekerja.

Kadar Tukaran Wang PayPal (Paypal Conversion Rate)

transfer duit paypal ke akaun bank

Seperkara lagi yang penting ialah kadar tukaran wang Paypal adalah berbeza dengan kadar tukaran semasa bank. Jika anda transfer duit dari Paypal masuk ke akaun bank, anda akan dapat jumlah yang sedikit lebih rendah daripada dijangka kerana conversion rate Paypal dan juga caj tambahan, dalam kes ini caj tambahan ialah sebanyak RM3.00 (3.00 MYR).

Contoh kadar semasa $1.00 USD = 4.18909 / $21.17 = RM88.6981 (daripada XE.com)

vs Paypal $1.00 USD = 4.086810 / $21.17 = RM86.52 – RM3 free = RM83.52 MYR

Jika anda membuat pembayaran atau pembelian pula, Paypal akan kenakan pula sedikit markup selepas currency conversion. 

Memang isu caj tambahan dan kadar tukaran wang ini memang membebankan pengguna, tapi itu lah harga yang anda perlu hadapi sebagai pengguna servis Paypal. 

Sebab itu, saya hanya gunakan Paypal hanya ketika perlu sahaja dan tiada alternatif lain. Jika ada pilihan antara Paypal, Debit / Credit Card, semestinya saya guna saja Bigpay kerana lebih mudah dan jimat.


Saya harap tutorial ringkas tapi padat ini mampu membantu anda buka akaun paypal, sambungkan akaun bank dengan paypal, dan transfer duit daripada paypal masuk akaun bank tanpa sebarang masalah.



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





shopee raya 2020 

RAYA BERSAMA SHOPEE 💯 - CLAIM VOUCHER DISCOUNT UNTUK LEBIH PENJIMATAN ! 👌🏼

 iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply