desktop scaling



Sekarang ini laptop dengan skrin 13″ – 15″ yang dilengkapi skrin 1920×1080 (Full HD) dan 3840 x 2160 (4K UHD) adalah perkara biasa. Tetapi, satu perkara yang merupakan masalah besar ialah laptop-laptop baru ini menggunakan scaling yang besar dan membazir ruang skrin yang boleh digunakan (screen real estate).

Tip : Gunakan 100% Scaling Di Laptop Untuk Paparan Resolusi Yang Lebih Tajam

100 desktop scaling windows 10

Kebanyakan laptop-laptop dengan skrin resolusi tinggi menggunakan scaling 125% atau 150% secara default. Scaling yang besar menyebabkan butang menjadi lebih besar tetapi juga menyebabkan paparan jadi sedikit kabur. Mengubah scaling kepada 100% menjadikan paparan nampak lebih luas dan banyak window boleh dimuatkan dalam satu skrin.

Saranan saya ialah menggunakan 100% scaling sebagai default atau paling kurang 125%. Jangan guna 150% kerana sangat tidak praktikal. Kebiasannya setiap kali anda mengubah scaling, kena log off ataupun restart dulu komputer untuk paparan scaling baru yang lebih lancar.

Selamat mencuba !



RELATED POSTS