- 1.6Kviews
- 7
Kebelakangan ini tulisan jawi mula menjadi bualan ramai setelah berdekad tidak diberi perhatian. Walau apa pun pendapat anda, kami berpendapat tiada salahnya untuk anda memahami, mempelajari dan mengamalkan tulisan jawi kerana ia adalah salah satu daripada warisan budaya yang harus dikekalkan agar tidak terhapus oleh peredaran zaman.
Jika anda ingin menggunakan keyboard Jawi di iPhone dan Android, mudah sahaja, boleh ikut tutorial ringkas ini.
Keyboard Jawi di iPhone iOS 13
Keyboard tulisan Jawi adalah terbina dalam iOS 13 dan anda tidak perlu install sebarang aplikasi tambahan. Hanya perlu masuk Settings > General > Keyboard dan pilih Add New Keyboard.
Kemudian pilih Malay (Arabic) untuk menambah tulisan jawi sebagai pilihan keyboard di iPhone anda.
Keyboard Jawi di Android (Google Keyboard – Gboard)
Untuk pengguna Android, masuk ke Settings > Keyboard > dan pilih Gboard (Google Keyboard) sebagai default keyboard. Kemudian tekan Gboard > Settings > Languages > cari Malay (Arabic) (Malaysia) dan tekan Add Keyboard.
Untuk menukar antara Keyboard English dengan Jawi, tekan butang 🌐 di keyboard. Mudah sahaja cara guna tulisan Jawi Gboard.
Keyboard Jawi di Android Swiftkey – Huawei Phone
Bagi pengguna Android, anda juga boleh guna Swiftkey Keyboard daripada Microsoft. Biasanya Swiftkey ini keyboard asal dalam phone Huawei atau Honor.
Buka Settings > Keyboard > Swiftkey > dan tambah Language baru > Malay (Jawi) / Bahasa Melayu. Mudah saja nak guna tulisan Jawi Swiftkey.
Apple (iOS 13), Google (Gboard), Microsoft (Swiftkey) pun mengiktiraf tulisan jawi di dalam aplikasi keyboard mereka. Tapi masih ramai antara kita yang tidak cakna akan warisan budaya sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Nama artis dalam tulisan jawi: pic.twitter.com/UOFAFkJa2o
— Faizal Rosly (@ijaicool) August 6, 2019
دسببکن توليسن جاوي سماکين دلوڤاکن، اڤ کات کيت سکالي-سکالا تويت ݢونا توليسن جاوي. لتق تندا ڤاݢر اين سوڤايا کيت داڤت بلاجر دان باچ لبيه باڽق تويت جاوي. جوم جاوي!#JomJawi#جوم_جاوي
— Ad-Dien (@AdDien90) January 4, 2020
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 1.6Kviews
- 7