Pernah tak anda rasa rimas nak guna banyak phone semata-mata untuk whatsapp? Atau anda dah lama cari cara install dua whatsapp dalam satu phone tetapi tidak jumpa kaedah paling mudah dan selamat? Kini ada aplikasi yang memudahkan anda menggunakan dua whatsapp dalam satu phone, iaitu Disa.
Cara Install Dua WhatsApp Pada Phone
Disa merupakan aplikasi Android yang membolehkan pengguna untuk install ‘service’ lain pada phone tanpa menggangu aplikasi asal di dalam phone. Antara contoh “service” yang boleh dipasang ialah Messaging (SMS), Whatsapp dan Facebook. Cara install dua whatsapp ialah pertama sekali install WhatsApp daripada Play Store dan kemudian baru install WhatsApp Service di dalam aplikasi Disa.
Disa boleh digunakan di phone Android moden, samada dual-sim atau single sim dan tidak memerlukan sebarang root atau hack. Sangat mudah untuk digunakan, tetapi jika anda keliru anda boleh ikuti langkap bergambar di bawah.
Kredit gambar kepada Cyberfly. Selamat mencuba dan jangan lupa “SHARE” artikel ini. 🙂
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Muhammad Shahrul Nizam
boleh je pakai YoWhatsapp utk install whatsapp ke 2 ke 3 ke 4 dan selebih nyaaa
Einz
yowhatsapp ni illegal, macam ogwhatsapp dulu. disa ni at least selamat sebab apps dia published dalam Play Store
Aman
Disa dgn 2 account yang mana ok?
Che
Assalamualaikum nk tanya.. Kalau nak hide bluetick dlm disa ne cmna?
Ila
Sy br install disa. Syg sguh. Stat 1june whatssp dh xbg plugin gn disa. Ade Cara lain ag x utk bt 2acc WhatsApp?
Einz
Banyak cara dah kena tutup di whatsapp. Kalau guna phone xiaomi boleh buat dua whatsapp. https://einz.my/cara-guna-dua-whatsapp-xiaomi-miui/