windows 10 anniversary update

Windows 10 Anniversary Update merupakan kemaskini terbaru oleh Microsoft selepas setahun pelancaran sistem operasi Windows 10 kepada pengguna seluruh dunia. Anniversary Update membawakan pelbagai fungsi baru seperti Microsoft Edge dengan fungsi Extension, Dark Mode, Cortana yang lebih pintar serta penambah-baikan dari segi prestasi keseluruhan dan juga sekuriti yang lebih kemas.

Saya kongsikan dua cara install Windows 10 Anniversary Update ini di komputer anda.

Cara Install Windows 10 Anniversary Update

#1 Menggunakan Windows Update

windows update anniversary

Untuk menggunakan cara #1, pertama sekali buka Settings > Update & Security > Windows Update. Sekiranya ada notis “Updates are available, Feature update to Windows 10, version 1607” anda boleh klik download.

Selepas siap download, proses install akan bermula dan komputer anda mungkin ada restart beberapa kali sebelum proses install selesai. Kebiasaannya proses menggunakan Windows Update sangat perlahan dan memakan masa yang agak banyak.

#2 Menggunakan Windows Update Asisstant

cara install windows 10 anniversary update

Cara ini lebih mudah dan laju cuma memerlukan anda download dulu perisian Windows 10 Update Assistant. Hanya perlu menjalankan Update Assistant dan Windows 10 anda akan dipertingkatkan kepada versi 14393 iaitu Anniversary Update.

Video di bawah memperlihatkan beberapa fungsi baru di dalam Anniversary Update

Selamat mencuba!

291 total views, 2 views today



RELATED POSTS