isi dokumen pdf



Kalau dulu, bila ada borang PDF anda perlu print, isi dokumen dan sign, scan dan save kembali dalam format PDF. Agak membazir masa dan kertas kan? Sebenarnya, ada cara mudah untuk anda isi dan sign dokumen PDF terus di komputer dan peranti pintar anda. Sebagai contoh, dalam masa beberapa tahun ini saya isi dokumen berkaitan kad kredit, urusan bank, borang insurans, pelbagai jenis borang pendaftaran  dan juga urusan berkaitan telco secara digital sahaja di komputer dan hantar melalui email.

Ini merupakan panduan ringkas cara isi dokumen PDF secara digital di komputer dan peranti pintar.

Cara Isi Dokumen PDF Dengan Mudah Di Mac, Windows, iOS, Android

Mac (rujuk screenshot atas)

Buka dokumen PDF menggunakan app Preview. Tekan pada bahagian ruang kosong untuk taipkan butiran anda. Untuk memasukkan tandangan, tekan butang Show Markup Toolbar pada menu bar.

Rujuk : Apple Support

isi dokumen pdf

Windows – Foxit PDF, Adobe Reader

Sebagai contoh, di laptop saya menggunakan Foxit PDF untuk mengisi pelbagai dokumen dan juga sign pada dokumen PDF. Anda juga boleh gunakan Adobe Reader untuk fungsi Fill & Sign Form.

adobe fill sign pdf ios android

Jika anda menggunakan peranti iOS dan Android, anda boleh install aplikasi Adobe Fill & Sign (free).

Adobe Fill & Sign iOS | Adobe Fill & Sign Android


Untuk dokumen ringkas, biasanya saya akan isi dan sign di phone sahaja. Manakala jika dokumen yang banyak helaian dan penting, saya biasanya akan isi menggunakan laptop Windows atau Mac kerana lebih mudah menaip di keyboard dan skrin yang lebih besar.

Sebagai peringatan, saya galakkan anda password protect tandatangan anda dan juga lindungi PDF daripada pengubahsuaian supaya maklumat anda tidak mudah dieksploitasi pihak yang tidak diingini.

Selamat mencuba !



RELATED POSTS