Cara Mudah Luaskan Coverage Wi-Fi – Panduan Ringkas Untuk Guna Wi-Fi Repeater/Range Extender

wifi repeater tplink

Pernah terfikir untuk luaskan capaian signal wifi di rumah, pejabat atau di mana-mana tempat? Ini adalah 2 tips ringkas bagaimana cara luaskan coverage wifi dan tidak lagi menghadapi masalah kelajuan internet perlahan dan sebagainya.

Cara Mudah Luaskan Coverage Wi-Fi – Panduan Ringkas Untuk Guna Wi-Fi Repeater/Range Extender

alcatel ee60 mifi router

Pertama sekali, jika anda mempunyai router yang mempunyai detachable antenna (antena boleh cabut), anda boleh beli dan pasang antena yang boleh memancar signal wifi ke jarak jauh dan liputan yang lebih luas berbanding antena sedia ada.

Sebelum anda beli antena baru, pastikan dulu spefisikasi/jenis antena yang sesuai digunakan pada model router anda. Seperkara lagi ialah, router perlu diletakkan di kawasan yang utama, contohnya kalau dirumah, letakkan di tengah-tengah rumah bukan di bilik paling hujung.

Nota : Router di dalam contoh gambar ialah Asus RT-N66U dengan 3 tanduk dan dipasang custom firmware Asus Merlin.

Jika anda tidak mempunyai router yang boleh di-upgrade atau diubah suai, anda boleh guna cara kedua ini. Cara kedua ialah menggunakan Wifi Repeater atau Wifi Range Extender.

Ada banyak jenama dan model Wifi Repeater seperti TP-Link, Xiaomi dan sebagainya. Tapi model paling popular ialah TP-Link TL-WA855RE yang berharga RM85. Model di dalam gambar di atas ialah versi lama.

TP-Link Wifi Repeater/Ranger Extender – RM85

Untuk setup wifi repeater, hidupkan wifi repeapter (plug masuk) dan sambungkan komputer anda ke SSID Wifi Repeater itu. Masuk ke admin configuration > dan scan untuk wifi network yang anda ingin sambungkan.

tplink wifi repeater setup 1

Biasanya login untuk admin configuration ialah 192.168.1.1 dan username : admin , password : admin. (rujuk sticker di wifi repeater). Masukkan password bagi Wifi network sedia ada yang anda ingin luaskan signal-nya.

tplink wifi repeater setup 2

Pada bahagian Wi-Fi Coverage, pilih wifi coverage > Max untuk capaian yang paling meluas.

Contohnya penggunaan wifi router dan wifi repeater ialah; bagi rumah dua tingkat wifi router diletakkan di ruang tamu tingkas atas dan wifi repeater diletakkan di kawasan dapur tingkat bawah. Dengan cara ini, seluruh rumah boleh menerima signal wifi dalam status Good atau Excellent.

Jika anda ada wifi router yang lama atau tidak digunakan, anda juga boleh set wifi router tersebut ke dalam mod wifi repeater atau range extender. Tidak lagi perlu beli wifi repeater/ranger extender baru.

Selamat mencuba!



RELATED POSTS

1 thought on “Cara Mudah Luaskan Coverage Wi-Fi – Panduan Ringkas Untuk Guna Wi-Fi Repeater/Range Extender

Leave a Reply