tukar ips panel laptop



Beberapa bulan lepas saya ada berkongsi artikel bagaimana saya upgrade IPS screen, pasang SSD dan tambah RAM pada laptop saya. Salah satu perkara yang ramai tanya saya ialah bagaimana untuk menukar panel screen laptop kepada panel IPS. Sejujurnya, disebabkan tiada rujukan yang lengkap, terutama sekali untuk pengguna laptop bukan model popular seperti Dell XPS, Lenovo Thinkpad dll, saya hanya gamble ketika membeli panel ini secara online dari China. Dan mujurlah ia berfungsi dengan cemerlang seperti yang saya harapkan. Keikaku doori !

Jika anda berminat untuk ber-experimentasi teknologi seperti saya, jom saya tunjukkan cara-caranya.

 Cara Tukar Panel Screen Laptop Kepada IPS Panel Yang Lebih Berkualiti, Terang Dan Warna Tepat

auo b140han01.3 ips panel

Kenapa perlu menggunakan IPS Panel Screen di laptop?

  • IPS Panel mempunyai viewing angle, brightness dan color gamut yang lebih bagus berbanding panel laptop biasa (TN panel)
  • Warna yang lebih terang, cerah dan tepat – sangat penting untuk buat kerja photo dan video editing, laman web dan sebagainya
  • Menonton video atau movie juga lebih nikmat sekiranya kualiti screen laptop itu lebih bagus

Panel IPS yang saya gunakan ialah AUO B140HAN01.3 1920x1080p 300nits 99% SRGB Color Gamut. Panel ini menggunakan Matte coating.

AUO B140HAN01.3 IPS PANEL

Panel ini saya beli daripada China, direct link boleh klik butang di atas. Dalam Ebay dan Taobao terlalu banyak barang palsu dengan nama atau label yang hampir sama jadi saya cuba elakkan.

auo b140han01.3 panel malaysia

Manakala di Malaysia pula, susah untuk jumpa supplier panel screen laptop. Kalau ada pun, sangat mahal dan tidak berbaloi. Kos pemasangan pula sekitar RM50 di kedai komputer berdekatan.

Secara teori, laptop-laptop Asus, Acer, HP, Dell, Lenovo etc juga boleh ditukar screen panel asal kepada yang lebih bagus; asalkan laptop anda memenuhi beberapa kriteria ini

  • Saiz skrin : 14″ dan 15/15.6″
  • Bezel laptop : Plastik
  • Panel connection type : 30 pin

Tutorial ini saya fokus kepada laptop skrin 14″, resolution 1920x1080p dengan 30 pin sahaja. Jika anda mahu tahu spesifikasi skrin asal laptop anda, gunakan software HWInfo dan gunakan website Panelook.com untuk carian spesifikasi skrin.

upgrade panel ips laptop

Jika anda mempunyai laptop Asus model K401LB, K401UB, K401UQ atau laptop jenama lain dengan skrin 14″, resolution 1920×1080 dan screen panel menggunakan 30 pin, secara teori panel AUO B140HAN01.3 ini boleh digunakan pada laptop itu.

Pastikan HWinfo menunjukkan bacaan max vertical size dan max horizontal size yang sama seperti dalam gambar di atas.

Kenapa susah-susah nak tukar panel screen laptop?

Kenapa susah-susah beli panel daripada China, pasang kat kedai, troubleshoot sana-sini? Beli laptop baru lagi mudah dan tak pening kepala kan?

Jawapan mudah ialah kerana laptop-laptop baru di pasaran, di pertengahan tahun 2018 ini majoriti model laptop ini masih dilengkapi screen panel yang sangat berkualiti rendah. Boleh dikatakan kebanyakan laptop dibawah harga RM3500 dijual dengan screen yang mempunyai color gamut yang rendah, kecerahan yang rendah dan ianya sesuatu yang sangat mengecewakan.

Nak laptop dengan screen panel bagus? Kena bersedia beli laptop dengan harga RM3800 ke atas !

Laptop yang saya guna ini biarpun sudah berusia 3 tahun, namun selepas saya tukar panel screen, ia sekaligus meningkatkan kualiti keseluruhan laptop ini dan memberi peningkatan kepada produktiviti saya, tanpa saya perlu berhabis lagi RM4000 untuk laptop dengan screen yang lebih bagus.


Beli Online Panel AUO B140HAN01.3

AUO B140HAN01.3 IPS PANEL

Jika berminat untuk menggunakan panel AUO B140HAN01.3 seperti saya, boleh beli secara online di butang di atas. Kalau anda tak biasa beli barang daripada China, boleh PM saya di Facebook.


Untuk pengguna laptop screen 15-15.6″, saya akan update lagi artikel ini dengan panel laptop yang sesuai untuk anda beli dan pasang. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.



RELATED POSTS