Cara terminate Yes 4G menggunakan email, jadi anda tidak perlu lagi bazir masa ke Yes 4G Center. Cara yang sama juga anda boleh guna untuk terminate Yes 4G LTE menggunakan email.
CARA TERMINATE YES 4G GUNA EMAIL
Pertama sekali, sebelum anda terminate YES 4G atau YES 4G LTE guna email, pastikan tiada hutang atau bil tertunggak (outstanding balance) dan juga tiada baki kontrak. Ini penting untuk memastikan proses termination berjalan lancar dan cepat. Jika anda masih di dalam kontrak, anda perlu ke membayar penalti terlebih dahulu sebelum boleh terminate.
Hantar email ke yescare[at]yes.my dan sertakan YES ID dan Account No jika ada.
Tunggu email balas daripada YES CARE dan kemudian isi maklumat penting di dalam termination letter seperti Phone No, Acc No, Signed, Full Name, IC dan juga sertakan sekali salinan IC depan belakang.
Selepas siap semua, balas email dan tunggu pengesahan termination dibuat. Kali terakhir saya buat, tak sampai sejam sudah dapat email balas mengatakan proses termination berjaya.
Mudah saja kan cara terminate yes 4g guna email? Tak perlu lagi berhabis masa bawa motor atau kereta ke YES Center semata-mata untuk terminate.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Shafiq
Akaun yes4g tu akan terminate on the spot atau ada jangka masa beberapa hari/minggu?
Einz
haritu tak sampai sejam yescare hantar email termination success
Shafiq
Sy dah emel ke yescare tp dah seminggu lebih masih belum terima reply.
Einz
mungkin email musim cuti panjang kot. try email lagi sekali
ezatulfitrah
Nk tanya bila dh dpt form tu. kita kena print out ke?.
Einz
Print out isi then sign pastu upload boleh, atau isi pakai PDF pun boleh https://einz.my/cara-isi-dokumen-pdf-pc-mac-ios-android/
Ibrahim
Saya terminate Astro dan P1 pun dengan cara macam ini
Ng Chin Hwa
It’s been three months since I terminated my account on April 5 at a Yes Store in Johor Bahru, but I still have not been notified when will I get my refund.
maisara
Saya nak tanya no account tu no akaun bank ke Gmail ke id Yes?
Einz
Id yes
naim
kalau masih dalam kontrak berapa ya cas yang dikenakan untuk untuk termination ? sbb dh dua kali tanya staff dia sama ada boleh kalau saya nk terminate tapi dia ttp ckp x boleh
Einz
Kalau dalam contract, banyak tu kena termination charge dia. Rugi. Burn duit camtu je.
Kalau tak silap, kena bayar advance baki kontrak tu.
contoh, kontrak tinggal lagi 6 bulan. sebulan rm100 plan. kena bayar rm600 or more
NutA Laa
Assalamu’alaikum..maaf nak tny..borang tu ambil di mana?
Einz
email pihak yes4g. diorang akan reply dengan borang dalam format pdf
Azhar
Tp saya ada masalah skit, masa reg dulu saya guna ic kwn sy utk reg, sbb saya ada blacklist dgn celcom, tp nama pengguna utk acc yes ni nama sy, ic shj guna yg kwn sy punya, tuan agak2 boleh tak sy terminate akan ada masalah tak?
mi
mcm mana perkiraaan bayar penalty dia kalo dlm contract lg? adakah kena byr baki bulan smpai tmt contract or byr penalty rm 300+- plus device skali? memang babi ini yes ya harga cekik darah. dah la berkuota. . org skrg tm unifi dh unlimted. harga pun ok.
Einz
rasanya, kalau baki setahun lagi kontrak, kena bayar nilai bulanan x 12.
memang banyak gila la kena bayar.
Muhammad Hassani
borang kena print out untuk manually signed ke ?
nurul athirah
Hi nak tanya, mcm mana kita nak tahu yes id & yes account number tu ya?
Einz
yes id dan yes account number ni biasa dapat dalam email untuk kita login masuk website yes.my
huda
nak tanya salinan ic depan belakang tuh kena hntr mcm mana?ambik gmbr jer ker
Einz
ambik gambar je bagi clear