Carrier Billing Memudahkan Pembelian Di Play Store, App Store dan In-App Purchases

carrier billing play store malaysia

Tahukah anda, carrier billing memudahkan anda membuat pembelian di Google Play Store, Apple App Store tanpa memerlukan kad kredit atau kad debit. Kalau tidak silap saya, telco terkemuka di Malaysia seperti Celcom Maxis Digi Umobile kini semuanya sudah menyokong fungsi carrier billing.

Bagi pengguna postpaid, pembelian menggunakan cara carrier billing akan ditambah di dalam bil bulanan manakala bagi pengguna prepaid, pembelian secara carrier billing akan menggunakan jumlah kredit yang ada pada nombor telefon anda.

Carrier Billing Memudahkan Pembelian Di Play Store, App Store dan In-App Purchases

Selain pembelian di Play Store atau App Store, carrier billing juga boleh digunakan untuk membuat pembelian di dalam aplikasi (In-App Purchases). Contohnya seperti membeli filter tambahan di dalam VSCOcam.

netflix carrier billing malaysia

Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi carrier billing untuk langganan di dalam sesuatu aplikasi, contohnya seperti Netflix. Ramai orang berminat menggunakan Netflix tetapi tidak memiliki credit card, dan ini adalah cara paling mudah untuk melanggan Netflix, menggunakan bil telefon atau kredit telefon sahajal.

netflix malaysia

Akaun Netflix yang dilanggan menggunakan kredit phone atau postpaid bill boleh ditonton di mana-mana seperti mobile, TV, web dan laptop.

Kongsikan artikel ini sekiranya berguna untuk rakan-rakan anda juga!



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply