celcom blue postpaid

Celcom baru sahaja melancarkan plan Celcom First Blue Postpaid dan Celcom First Gold Postpaid baru yang menggantikan plan Celcom Basic 38 yang telah tamat tempoh promosi. Bagi anda yang berminat untuk daftar plan baru Celcom Blue dan Celcom Gold ini saya sertakan beberapa maklumat mengenai plan ini.

Celcom First Blue Postpaid RM45

celcom blue postpaid review

Celcom Blue Postpaid RM45 ini menurut yang saya faham sesiapa saja boleh daftar. Pengguna postpaid celcom sedia ada boleh migrate ke plan Celcom Blue dan pengguna prepaid juga boleh convert ke Celcom Blue Postpaid.

BACA : Jimat 5% Bil Celcom Setiap Bulan Dengan Gunakan Auto Debit (Auto-billing)

celcom blue postpaid reviu

Celcom First Blue Postpaid RM45 menawarkan

  • 2GB Data sebulan
  • Extra 500MB data setiap hari Sabtu dan Ahad (total 2GB data untuk 4 kali weekend)
  • 2GB Celcom Wifi setiap bulan
  • 50 minit panggilan dan 50 sms ke semua telco
  • Free unlimited music streaming (selama 6 bulan)*
  • Boleh bawa baki data ke bulan hadapan (maksimum 2GB)
  • Tiada kontrak, boleh terminate bila-bila masa

Untuk unlimited music streaming, saya kurang jelas Celcom support servis music streaming yang mana satu, nanti saya akan update bila dah confirm maklumat.

Nota : Harga RM45 adalah tidak termasuk GST dan caj-caj lain atau berkaitan.

Celcom First Gold Postpaid RM100

celcom gold postpaid 100

Celcom First Gold Postpaid RM100 sebulan boleh ditujukan khas kepada ‘power user’ yang memerlukan kuota data yang lebih besar serta jumlah panggilan dan sms percuma yang lebih banyak.

Plan Celcom Gold Postpaid 100 menawarkan

  • 4GB Data sebulan
  • Extra 1GB Data setiap hari Sabtu dan Ahad (total 4GB untuk 4 kali weekend)
  • 4GB Celcom Wifi setiap bulan
  • 100 minit panggilan dan 100 sms percuma ke semua telco
  • Free unlimited music streaming (selama 6 bulan)*
  • Boleh bawa baki data ke bulan hadapan (maksimum 4GB)
  • Tiada kontrak, boleh terminate bila-bila masa

Nota : Harga RM100 tidak termasuk GST dan caj-caj lain atau berkaitan


Saya sendiri masih lagi kekal menggunakan Plan Basic 38, saya bayar sekitar RM40+ sebulan dan dapat 3GB Data. Celcom Wifi bagi saya terlalu underutilized sebab sukar nak jumpa lokasi yang boleh akses Celcom Wifi Hotspot.

Ada sebarang pertanyaan mengenai Celcom Blue Postpaid dan Celcom Gold Postpaid? Boleh tinggalkan komen di bawah ya!

Sumber : Celcom Blue Postpaid

 

2,258 total views, 11 views today



RELATED POSTS