celcom first gold plus platinum postpaid



Mungkin beberapa minggu ini anda banyak melihat iklan plan baru postpaid Celcom iaitu Celcom First Gold, Celcom First Gold Plus dan Celcom First Gold Platinum. Plan baru Celcom ini saya lihat merupakan reaksi pantas kepada plan Digi yang turut menawarkan jumlah data yang besar iaitu 20GB pada harga bermula RM80 sebulan. Berikut merupakan ulasan ringkas mengenai plan baru Celcom ini.

Celcom First Gold 20GB RM80

  • 10 GB weekday + 10 GB weekend (2.5GB x 4) – pelanggan sedia ada akan auto upgrade ke quota data baru
  • Unlimited call ke semua network
  • Unlimited sms hanya untuk pelanggan yang mendaftar sebelum 30/6/16
  • Tiada lagi internet carry forward (bawa baki data ke bulan hadapan) bagi pelanggan sedia ada dan baru
  • AnydayGB membolehkan anda gabungkan data weekday dan weekend dengan tambahan RM10 sebulan

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan data 20GB sepanjang masa pada bayaran bermula RM90 (tidak termasuk GST).

Celcom First Gold Plus 40GB RM98

  • 20 GB weekday + 20 GB weekend (5GB x 4)
  • Unlimited call ke semua network
  • Tiada internet carry forward (bawa baki data ke bulan hadapan)
  • AnydayGB membolehkan anda gabungkan data weekday dan weekend dengan tambahan RM10 sebulan

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan data 40GB sepanjang masa pada bayaran bermula RM108 (tidak termasuk GST).

Celcom First Platinum 60GB RM150

  • 30 GB weekday + 30 GB weekend (7.5GB x 4) – pelanggan sedia ada akan auto upgrade ke quota data baru
  • Unlimited call ke semua network
  • Unlimited sms hanya untuk pelanggan yang mendaftar sebelum 30/6/16
  • Tiada lagi internet carry forward (bawa baki data ke bulan hadapan) bagi pelanggan sedia ada dan baru
  • AnydayGB membolehkan anda gabungkan data weekday dan weekend dengan tambahan RM10 sebulan

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan data 60GB sepanjang masa pada bayaran bermula RM160 (tidak termasuk GST).


Bagi saya plan baru celcom ini sangat kompetitif tetapi malangnya beberapa perkara penting juga telah ditamatkan seperti unlimited SMS dan internet carry forward yang saya rasa sangat penting.

Sekiranya anda tinggal di kawasan yang mempunyai liputan Celcom 4G LTE yang bagus, anda boleh melanggan pakej data besar seperti First Gold Plus atau First Platinum dan kongsikan data dengan peranti lain menggunakan fungsi Hotspot. Dengan cara ini, anda boleh jimat dari melanggan pakej broadband lain seperti Unifi, Streamyx atau Yes 4G.

Beberapa tahun lepas, anda mungkin dapat 3GB data sahaja dengan melanggan plan postpaid > RM100 daripada telco2 di Malaysia kini persaingan sengit akhirnya memaksa telco menurunkan harga dan meningkatkan jumlah quota data demi tidak kehilangan pelanggan.

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya ! 🙂



RELATED POSTS