Celcom Home Wireless – Pakej Broadband Baru Untuk Pengguna Rumah Dengan Kuota Data Sehingga 1TB

celcom home wireless broadband 4g

Celcom akhirnya memperkenalkan pelan broadband baru untuk pengguna rumah setelah sekian lama ! Celcom Home Wireless Broadband (CHWB) kini menawarkan kuota data sehingga 1TB pada harga bermula RM74.20 sehingga RM159. Memandangkan pelan baru ini ialah wireless broadband yang menggunakan teknologi 4G LTE, ia mungkin sesuai sebagai alternatif kepada TM Streamyx dan TM Unifi.

Celcom Home Wireless – Pakej Broadband Baru Untuk Pengguna Rumah Dengan Kuota Data Sehingga 1TB

celcom home wireless plan 2018

Ada 3 pakej untuk CHWB

  • Home Wireless Gold RM74.20¬†– 25GB kuota sepanjang hari sebulan + 40GB Video Walla + Music Walla
  • Home Wireless Gold Plus RM106 – 50GB kuota sepanjang hari sebulan + 100GB Video Walla + Music Walla
  • Home Wireless Platinum RM159 – 150GB kuota sepanjang hari sebulan + 1TB Video Walla + Music Walla

Video Walla merujuk kepada beberapa servis stream video popular seperti Netflix, Iflix, Youtube dan Music Walla pula merujuk kepada KKBOX, Joox dan sebagainya (maaf pengguna Spotify). Bagi pengguna yang suka download dan stream media, pakej RM106 dan pakej RM159 sebenarnya sudah memadai kerana jumlah kuota data yang besar.

Tapi jika dilihat keseluruhan pelan CHWB tidak menawarkan kuota data tanpa had dan laman Celcom hanya menyatakan bahawa pelan CHWB menggunakan capaian 4G LTE. Secara teori, Digi Infinite 150 adalah pilihan yang lebih baik kerana menawarkan kuota data tanpa had menggunakan capaian 3G, H+ dan 4G LTE.

celcom home wireless broadband review

Satu lagi perkara penting ialah anda perlu mengikat kontrak selama 24 bulan sekiranya melanggan Celcom Home Wireless Broadband. Dan Celcom juga berhak menamatkan promosi harga/kuota pada bila-bila masa. Sebelum ini juga Celcom kerap menukar plan xpax dan postpaid bila-bila masa samada pengguna suka atau tidak dan ia merupakan benda penting yang anda kena tahu kerana tempoh kontrak 24 bulan agak lama.

Saya kurang jelas samada router yang dibekalkan oleh Celcom itu adalah 4G Modem Router yang perlu dipasang plug atau 4G Portable Mifi. Berdasarkan maklumat yang sedia ada, kemungkinan besar ialah 4G Modem Router dan bukan mifi, jadi tidak mesra dibawa ke sana sini.

Celcom Home Wireless Broadband – alternatif kepada Streamyx, Unifi dan Digi Infinite 150?

Sekiranya rumah anda tiada akses kepada sambungan Streamyx, Unifi dan mungkin signal 4G Digi agak teruk di kawasan anda, mungkin CHWB ini merupakan alternatif yang sesuai. Kebiasannya coverage 4G LTE Celcom adalah lebih luas berbanding Digi yang kurang coverage di kawasan luar bandar dan kampung. Sekiranya berminat, cuba periksa coverage dan buat speedtest dulu dan jika berpuas hati sila teruskan.

Kalau servis atau kelajuan CHWB tidak memuaskan, anda ada masa 30 hari untuk return policy menurut laman web Celcom.

Ada maklumat tambahan mengenai CHWB? Jom kongsikan di ruangan komen



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

1 thought on “Celcom Home Wireless – Pakej Broadband Baru Untuk Pengguna Rumah Dengan Kuota Data Sehingga 1TB”

Leave a Reply