Magic Sim merupakan antara produk Celcom / Xpax yang sangat berjaya kerana banyak kelebihan dan tersangat popular (di kalangan pelajar) kerana Internet Burung Hantu. Kini, Celcom telah melancarkan produk baru yang dipanggil New M4gic Sim yang boleh dikatakan sebagai ‘versi baru’ kepada Magic Sim biasa.
Celcom M4gic Sim
New Magic Sim masih mengekalkan kelebihan Magic Sim biasa seperti Free Basic Internet dan Carry Forward baki internet ke bulan hadapan. Tetapi, Celcom telah memperkenalkan panggilan percuma tanpa had ke nombor Celcom / Xpax (Unlimited Calls to Celcom Network) kepada pemilik Celcom M4gic Sim. Panggilan percuma ke nombor Celcom tanpa had merupakan daya penarik utama M4gic sim dan saya jangka ianya akan jadi sangat popular juga kerana boleh menjimatkan bajet ramai pengguna.
Selain unlimited calls, Magic Packs juga turut diperkenalkan bagi pengguna New M4gic Sim. Magic Packs merupakan pelan langganan yang mempunyai 5 “saiz” iaitu S (Daily – RM8 / 1GB ), M (Weekly) – RM18 / 1GB Data, L (Monthly – RM38 / 4GB data), XL (Monthly – RM48 / 5GB Data) dan 2XL (Monthly – RM68 / 7GB Data).
Bagi majoriti pengguna M4gic Sim, saya fikir Plan RM38 / 4GB merupakan pilihan yang mungkin sesuai untuk anda.
Agak sedikit mengecewakan, pengguna New Magic Sim tidak lagi dapat menggunakan Internet Burung Hantu (IBH) secara percuma dan unlimited. Untuk menggunakan IBH di Celcom M4gic Sim, anda perlu melanggan dulu pelan IBH iaitu RM2 untuk 2GB dan RM5 untuk 10GB.
Sebarang maklumat lanjut mengenai New Magic Sim boleh rujuk di laman Xpax, dan jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen di bawah ya!
Sumber : Xpax M4gic Sim
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
4G
jika kte langgan burung hantu rm5 10gb jika x hbs mcm mne? Dibwa ke esokan hari ke?
annie alsandra
Emm kan kita pakai magic sim..soo magic sim kol ngn sim celcom lama..msih tetap kh dia punya unlimited calling ?
Abu Bakarr
aku rase ikut berapa lame kite langgan tenet, selagi tak abes, selagi tuh boley guna.. dan prepaid pon dah ade call tanpa had lebih baik saving duit 😀 hahaha
Abu Bakarr
yang name celcom sume free lah encik annie.. so dapat unlimited ..magix sim dah hanpir nk ikut dengan celcom postpaid 😀
celcomohcelcom
magic sim semua dah convert kepada magic pack.. sepatutnya celcom bagi pilihan kepada samada nak kekal dengan magic sim atau beralih kepada magic pack yang baru.. kalau dulu panggilan telefon 2.5 sen untuk seminit sekarang yang baru menjadi mahal 24 sen seminit.. unlimited pun bersyarat.. perlu melanggan plan internet..
Mohd Firdaus Samsudin
Mcm mana nak tukar plan first basic 38 to magic sim ye ? Ada yg kata jumpa center celcom .. betul ke?
Einz
Boleh pergi ke celcom center, bagitau nak convert dari postpaid basic 38 ke magic sim
Puteri
Sim celcom sy sy lupa pakej ape..yg sy ingat call rm0.28 utk 10 minit celcom ke celcom… malam td sy beli internet magic pack xl rm48 untk 5gb… persoalan sy..kenapabila online fb gambar di wall jd lambat..kadangkala x keluar gambar..nak main video di fb juga x boleh..seperti keadaan kehabisan data je..boleh tahu aoe masalahnya..
Einz
Cuba check status langganan internet tu, masih aktif atau tidak, dan kalau masih aktif berapa jumlah quota lagi yang remaining?
Zaza Eyzaa
Kalau celcom 1 malaysia blh x langgan internet XL rm48 sbulan tu ye?
Zaza Eyzaa
Plan 1 malaysia blh tak nk bli interner XL rm48 sbln?
Siti hajar
Asalamualaikum nk tanye .. td sy ade langgan utk rm8 Internet 1gb n unlimited calls . Tp knp sy call dgn rangkaian yg same tp crdt still tolak ..mcm ne erk
liamsmarking
Geng2 aku semua pakai Xpax . Bila diorg lamabt dtg class sng jer call each other.
Kalo aku sorg pun taknak call.Sbb aku pakai telco M.
adakah aku patut tukaw xpax kau rasa gais??mcm best tu yg internet burung hantu blh calling2 aweks hehe.
Einz
tukar m4gic sim, free calls celcom to celcom
Faixrul
best la ada awek.. Kiranya awek kau pun pakai Xpax la?kau sorg jer pakai telco M haha.
Cadangan aku la kau amek jer yg 4GB RM38 per month. Bestnya sbb internet melimpah. muahahhahaha !
amannda
Tapi ada jer yg blh 2GB RM2 1 hari tukan dpt jugak unlimited coll. Maxis cekik darah hmm
Liamsmarking
Iyee wak mmg bagus pun. Internet satu hari yg RM8 1GB pun dah byk. lagikan free basic internet. Adorable kan? hehe
amannda
yelahhh korang. Eh takde masa nak usya awak kayh. kikiki.
Oh bagus sgt lah ni kalo ada dpt free younder tapi kalo package yg Rm8 satu hari 1GB tak dpt younder music la hmmmm hmm .
how?
Faixrul
Alaaa kenapa nak sedih? pakai la package mcm saya ni RM38 4GB dpt younder music free, unlimited calls & blh carry forward internet unused.
Liamsmarking
Alalala ngadenya chat kat sini. hahaha
Buat nak fening lagi? Kan dah bagi tu amek je mana mana package yg ptg guna jer magic sim tu byk internt taw . Kalo nak senang amek jer yg sebulan tu murah & melimpah 4GB tu dah cukup bagus dah sebulan Rm38 taw. Free younder music kayhh. sape taknak?
amannda
Alaa korang tahu my waze kan slalu problem sbb internet taw mcm erghh i felt mad gylaaa dkt my waze selalu lambat !
Idea? kalo ambil xpax ni ade kaitan tak ?hahahha
Faixrul
Lah awak ni amannda comey kan, hehe. Kalo awak dah guna yg burung hantu ini mmg free waze tanpa internet lorh hehe.
Pipi
Tenet tak 4g kowt
Jeffry
Macamana nak betukar ke plan magic sim dari plan xpax mengekalkan no lama
kieyo
Macam mana nak buat free call utk magic sim ?? kenapa takda ??
nana
hi..nak tanya, yang unlimited call tu kita kena langgan internet dulu ke baru dapat unlimited call or just topup rm 30 dah dapat unlimited call. ? thanks !!
Einz
kena langgan plan
Idris
Kala langgan internet plan yg rm30 @5Gb /months spat unlimited call ka?
Einz
langgan internet plan RM30/RM50 dapat data saja
unlimited call kena langgan asing2 dah dalam *118# 🙁
Farid
[email protected] tu ada split quota x…??
Fadzly
Sebelum ni sy langgan saiz L,kouta hbs sy langgan pulak rm50 5G dekat *118#..tp xda unlimited call dah,mcmna sy nk langgan blik pack L ya
Hafis
Plan magic lama xpax magic ada lg.Sape2 yang nak laggan plan xpax lame bleh guna app ni XCOMMAND.
Einz
First time dengar app ni. Reliable?
Mat senit
IBH ni whatsapp gan weechat free lg ke..
danial
plan lain pon ada kn yg diorg offer?