- 2.6Kviews
- 7
Celcom Xpax kini menawarkan plan Xpax Unlimited Data Prepaid pada harga RM35 sebulan dengan kelajuan 3Mbps. Ini adalah respon yang sangat pantas daripada Celcom, hanya selang beberapa hari sahaja selepas pesaing terbesar iaitu Maxis Hotlink menawarkan Unlimited Data pada harga RM35.
Celcom Xpax Unlimited Data + Unlimited Call – RM35 Sebulan
Tawaran Xpax Unlimited Data daripada Celcom ini ada banyak persamaan dengan Hotlink Unlimited Data – antaranya kedua-dua menawarkan kelajuan data 3Mbps dan unlimited call untuk kesemua network. Bagaimanapun, Xpax tidak menawarkan plan dengan kelajuan lebih laju seperti Hotlink RM45 dengan kelajuan 6Mbps.
Berbanding Hotlink yang tidak menawarkan sebarang fungsi Hotpost, plan Xpax Unlimited Data RM35 ini menawarkan 3GB kuota hotspot. Setakat ini, Celcom tidak menjelaskan jumlah kuota FUP tetapi sekiranya data anda telah melebihi had, kelajuan data akan diturunkan dari 3Mbps kepada 64kbps sahaja.
Xpax Unlimited Data RM35 vs Hotlink Prepaid Unlimited Data RM35
Berikut adalah perbandingan Celcom Xpax Unlimited Data RM35 vs Hotlink Prepaid Unlimited Data rm35 dan Hotlink Prepaid Unlimited RM45.
Xpax Unlimited Prepaid RM35 | Hotlink Prepaid Unlimited RM35 | Hotlink Prepaid Unlimited RM45 | |
Internet speed | 3Mbps | 3Mbps | 6Mbps |
Unlimited call | Unlimited call ke semua rangkaian telco | Unlimited call ke semua rangkaian telco | Unlimited call ke semua rangkaian telco |
Hotspot | 3GB | Tiada | Tiada |
Kuota Fair Usage Policy (FUP) | Tidak dinyatakan | 50GB | 50GB |
Kelajuan selepas lebih FUP | 64kbps | 512kbps | 512kbps |
Antara Xpax Unlimited Prepaid, Hotlink Prepaid Unlimited dan telco lain, yang mana satu anda pilih?
Sumber : Celcom Xpax
Celcom Xpax Prepaid Kini Menawarkan Unlimited Data, Unlimited Call Pada Harga RM35 Sebulan https://t.co/0S1g7g0nXx
— einztrigger™ (@einztrigger) June 9, 2020
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 2.6Kviews
- 7