- 1.9Kviews
- 225
CinemaBox merupakan penjenamaan semula bagi aplikasi Playbox, iaitu aplikasi untuk stream pelbagai kandungan video tanpa memerlukan sebarang jenis langganan. Ia boleh dikatakan sebagai alternatif kepada Kodi, Popcorn Time dan Showbox yang popular di kalangan penggemar filem antarabangsa, drama tv, anime dan sebagainya.
CinemaBox iOS / Android
Dengan Cinemabox, anda boleh tonton banyak kandungan antarabangsa dengan mudah dan cepat. Saya ringkaskan kelebihan Cinemabox berbanding aplikasi seumpamanya;
- Stream video secara terus dan laju – tak perlu pilih mirror, tidak perlu sambungan P2P
- Boleh pilih kualiti video SD dan HD
- Tidak memerlukan addons seperti Kodi (XBMC) – hanya lancarkan aplikasi dan terus tekan butang main
- Menyokong fungsi download (offline playback)
- Menyokong subtitle dalam pelbagai bahasa
- Menyokong Apple TV dan Chromecast untuk stream video di skrin TV
- Menyokong fungsi WiFi sharing untuk stream video di Smart TV
Aplikasi Cinema Box boleh dimuat turun pada peranti iPhone, iPad dan Android. Bagi peranti iPhone dan iPad, jailbreak adalah sangat digalakkan bagi memudahkan pemasangan. Untuk peranti iOS yang tanpa jailbreak, boleh lihat laman rasmi Cinema Box (Playbox) untuk cara pemasangan.
Kodi (XBMC) kekal sebagai peneraju aplikasi bagi pengstriman video kerana pelbagai kebolehan lain tetapi bagi pengguna kasual, saya rasa Cinemabox merupakan aplikasi yang lebih mesra pengguna.
Kongsikan artikel ini dengan rakan Facebook, Twitter dan Whatsapp anda.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 1.9Kviews
- 225
Shafique Izzuan
Download The Last Witch Hunter sekali dia dub Vietnam. Tapi ok la dah banyak movie lama2 saya dapat balik. Thanks a lot admin.
Nur Achmad
Ada iklannya, cukup mengganggu sih bro, gimana ya cara ngilanginnya?
Einz
adblock or patch host file
maryumayub1
Is this playbox hd app because i am unable to find playbox hd app