Cloudflare baru sahaja memperkenalkan perkhidmatan DNS percuma mereka sendiri (1.1.1.1) yang memfokuskan pada kelajuan dan privasi. Jika anda biasa menggunakan Google DNS (8.8.8.8) dan OpenDNS, Cloudflare DNS baru ini adalah lebih laju dan kini menduduki tempat pertama dalam DNS Performance Speed Test.
Cloudflare DNS 1.1.1.1 Lebih Laju Daripada Google DNS 8.8.8.8
Sumber : DNSPerf
Cara pasang Cloudflare DNS 1.1.1.1
Cara menggunakan Cloudflare DNS 1.1.1.1 adalah sama sahaja dengan cara menggunakan Google DNS dan sebagainya. Saya sertakan panduan ringkas ini untuk pengguna Windows dan Android.
Windows : Network Adapter > Wi-Fi Properties > Internet Protocol IPV4 > set DNS ke 1.1.1.1 dan 1.0.0.1 > tekan OK.
Android : Wi-Fi > Advanced Options > IP Settings > Static > DNS > 1.1.1.1 dan 1.0.0.1.
Nak guna Cloudflare DNS 1.1.1.1 tapi di mobile data/4G LTE? Download app DNS Changer ini. Cara ini memerlukan app DNS Changer menjalankan “Virtual VPN” pada phone Android dan mungkin menyebabkan bateri cepat habis, jadi guna bila perlu sahaja.
Sekiranya anda sudah menggunakan Google DNS, peningkatan kelajuan internet tidak terasa sangat tetapi kalau anda tak pernah tukar DNS dan hanya guna DNS daripada TM contohnya, peningkatan kelajuan memang boleh rasa beza dia.
Kongsikan artikel ini dengan rakan2 dan sama2 layari internet dengan lebih laju.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥