Cara Enable Online Purchase Bagi Debit Card Sebelum Tahun Baru 2016

maybank cimb debit card

Anda pengguna debit card seperti Maybank Visa Debit atau CIMB Debit Mastercard? Mungkin dalam beberapa minggu lepas anda ada menerima sms mengatakan bahawa penggunaan kad debit untuk online purchase akan ‘disabled’ seawal tahun baru 2016 dan pengguna perlu ‘opt-in’ untuk terus menggunakan kad debit secara online tanpa masalah.

Saya difahamkan bahawa tindakan ini adalah bagi tujuan sekuriti dimana transaksi menggunakan kad debit merupakan “high risk” terutamanya ketika membuat online purchase. Terlalu banyak fraud case memaksa pihak bank untuk disable online purchase pada majoriti pengguna kad debit dan hanya enable kepada sebilangan kecil sahaja yang (opt-in) untuk menggunakan kad debit untuk membeli secara online.

Sehingga kini, ada dua cara pihak bank verify pembelian online menggunakan kad debit atau kredit. Pertama, transaksi yang memerlukan anda memasukkan TAC sebelum mengesahkan sesuatu pembelian. Contohnya, pembayaran menggunakan payment gateway di Lazada. Contoh cara yang kedua adalah transaksi yang tidak memerlukan TAC, hanya masukkan nombor kad, expiry date dan 3 angka kod CVV dan transaksi akan proceed (biasanya akan di-caj USD1 untuk pengesahan). Contohnya, beli games di Steam, langgan Spotify premium, beli apps di App Store dan banyak lagi.

Jenis transaksi kedua yang lebih berisiko kerana pihak ketiga tidak perlukan kod pengesahan TAC, hanya ada maklumat kad sahaja sudah cukup.  Dan sehingga kini, saya rasa ramai pengguna yang telah telah menjadi mangsa kecurian kad debit dan akhirnya duit dalam akaun juga dicuri tanpa sedar.

Enable Debit Card untuk Online Purchase

maybank debit

Pengguna debit card Maybank : SMS ONCNP <jarak> 12 angka nombor IC ke 66628.

Pengguna debit card CIMB : SMS OPTIN <jarak> 4 angka terakhir debit card ke 62666 sebelum 17/12/2015.

Pengguna CIMB Kwik : anda perlu call 03-6204 7788 (dalam negara) atau +603 2295 6100 (dari luar negara) untuk Opt-in online purchase, overseas purchase dan sebagainya.

cimb kwik disabled notice

Untuk bank lain, jika anda ada maklumat sila kongsikan di ruangan komen dan saya akan masukkan di dalam artikel.


Sumber rujukan:

CIMB Opt-In Notice for Debit & Kwik Card

Maybank Opt-In Notice

Kongsikan artikel ini dengan rakan Facebook dan Twitter anda.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

38 thoughts on “Cara Enable Online Purchase Bagi Debit Card Sebelum Tahun Baru 2016

  1. Saya guna CIMB debit MasterCard kalau dah op-in memang confirm boleh purchase barang kt Steam ke bos? kalau maybank still ada masalah dengan steam CIMB pon sama ke…maaf bertanya

  2. Assalammualaikum, saya pun rasa lega bila dapat tau pasal masalah ni dan bersyukur sangat sebab dapat jumpa dengan blog tuan ni!

    Baru tadi saya terima satu SMS dari pihak CIMB sendiri pasal opt-in utk penggunaan kad debit ni sebab saya telah menukarkan kad debit yang lama kepada yang baharu semalam. (Kes nak tau kenapa kad asyik kena tendang setiap kali nak digunakan dalam transaksi atas talian, macam-macam cara dah dilakukan seperti berulang- alik ke office CIMB. Termasuklah dgn cara terakhir semalam iaitu saranan daripada pegawai bank utk cuba menukar kad debit ama kpd yg baharu).

    Saya sudah membalas SMS tersebut dan menerima satu lagi SMS yang menyatakan kad saya akan boleh digunakan selepas 3 hari waktu bekerja. Ini bermakna, proses opt-in ini masih kekal sehingga ke hari ini tetapi pengguna-pengguna yang merasakan mereka sudah terlepas tarikh pengaktifan mampu melakukan opt-in tersebut. Walaubagaimanapun, pengguna seperti saya dan pengguna yg masih keliru dgn sistem baharu ini perlu menunggu terlebih dahulu selama 3 hari waktu bekerja sebelum kad debit yg dimiliki dapat digunakan seperti biasa.

    Betul tak, tuan?

  3. Salam, thanks for this! I was scratching my head for about half an hour because Paypal keep rejecting my card. After found your solution, i’ve opened a Kwik account and called CIMB to activate the online purchase. It only took me about 15-20 minutes for the whole process and i’m able to link the account to my Paypal! Thanks again! 🙂

  4. Salam. Cuma nak tanya. Tadi pergi ke CIMB Bank utk tukar debit card yang expired bulan 8 dan bulan 11 2016. Apa yg saya musykil, pihak bank akan mengenakan caj RM1 setiap bulan atau RM12 setahun utk bayaran Alliance Insurance utk cover jika berlakunya kehilangan kad. Betul ke? Saya tidak pasti samada bank lain pun sama ke?

  5. Saya beri brg kat ebay menggunakan paypal dalam usd. Paypal tulis rm376.xx tapi penyata cimb kwik tulis rm380.xx.. Nape ye? Ada caj ke?

Leave a Reply