Masa #MyCybersale minggu lepas, antara promo menarik yang saya sempat kongsikan dengan ramai orang adalah smartphone Android Alcatel Pop 2 dijual pada harga RM99 sahaja oleh Digi. Saya sempat order 1 unit untuk percubaan dan ianya sudah selamat sampai ke tangan saya.
Dengan hanya RM99 (RM105 termasuk GST dan postage), saya dapat phone quad-core Snapdragon 410, 1GB RAM, sokongan dual sim dan LTE, serta percuma sim kad Digi Smart Prepaid bernilai RM10. Great deal, actually. Harga asal phone saja saya estimate sekitar RM250-RM300.
Alcatel Pop 2 : Review Ringkas
Bungkusan didatangkan bersama phone dan sim kad Digi Smart Prepaid. Not sure saya ada keperluan untuk guna sim kad Digi atau tidak buat masa sekarang. Simpan dulu dalam laci meja pejabat.
What’s in the box? Phone, bateri, charger dan earphone.
Slot Sim 1 menyokong LTE manakala Sim 2 hanya GSM. Boleh masuk semua simkad Celcom, Digi, Maxis dll.
Spec : Quad-core Snapdragon 410, 1GB RAM, Saiz 4.5″ resolution 480×854 dan dual-sim + LTE. Sistem operasi pula Android 4.4.4.
Phone Alcatel Pop 2 ini banyak bloatware seperti Apps, Games dan Utilities yang memakan ruang storan dan RAM. Sesetengah bloatware ini boleh uninstall, ada yang tak boleh disable dan uninstall langsung. Jadi saya bercadang untuk root Phone ini dan freeze atau force uninstall bloatware didalamnya.
Cubaan root dengan Towelroot – tidak berhasil. Framaroot juga sama.
Berjaya root menggunakan Kingo Root. Download apk ke internal storage, enable unknown sources, buka File Manager dan jalankan apk Kingo Root. Tekan One Click Root dan tunggu seketika.
Note : sebelum saya root, saya dah update firmware latest sekali phone Alcatel Pop 2 ini.
Selepas root, saya gunakan Titanium Backup untuk freeze dan uninstall kebanyakan bloatware dalam phone ini.
Saya juga menukar launcher kepada Nova Launcher supaya nampak lebih kepada native Android stock UI. Performance dan free RAM jauh lebih bagus selepas hampir kesemua bloatware saya dah freeze dan uninstall.
Phone ini bagus juga performance untuk casual users. Support tap to unlock tapi kena enable dulu dalam Settings. Tak boleh nak complain banyak sangat sebab saya hanya bayar RM99 sahaja – which is already good enough. Money, well spent.
Kalau ada mana-mana telco buat lagi promo phone murah2, for sure saya akan kongsikan lagi di blog ini. Pastikan anda follow saya di FB, Twitter dan juga Instagram sebab saya sering juga post deals-deals menarik.
Jangan lupa klik share untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di FB dan Twitter.
Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my
RELATED POSTS
Boleh buat review sim card tu . Compare ngan magic sim please.
Kalau kuat guna internet, ambik magic sim sebab ada internet burung hantu. Baca komen2 pengguna burung hantu di //einz.my/internet-burung-hantu-review-internet-unlimited-magic-sim/
syg x sempat beli huhu
Promosi masih ada lagi?
Promosi masih ada lagi? Kena langgan apa² x utk dpt promosi ni?
dah habis. tak pasti digi akan restock lagi ke tak pasni
Salam nak tnya kalau keluar ‘unfortunately, measure has stopped working’ nak buat mcm mana? bila scan pakai CM Security ckp ada virus. Lepas tu dah buang dia scan ada balik. Satu lg bila reboot phone apps yg dah uninstalled ada balik sori byk tnya baru pakai balik android. Saya pakai Leagoo Elite 3
Salam nak tnya kalau keluar ‘unfortunately, measure has stopped working’ nak buat mcm mana? bila scan guna CM Security dia ckp ada virus. Dah buang, lepas tu ada balik. Satu lg bila reboot phone apps yg dah uninstalled ada balik sori byk tnya baru pakai balik android. Saya pakai Leagoo Elite 3