Biasanya bila sembang pasal mobile broadband, orang akan kaitkan dengan Maxis atau Celcom terlebih dahulu. Digi sejak akhir-akhir ini nampaknya cuba mengubah persepsi mobile broadband mereka dari ‘orang tak ambil kisah’ kepada ‘digi lagi best rupanya’ dengan penawaran plan yang lebih kompetitif.
Digi Broadband 100 Review
Sekarang masuk bulan ke-2 saya menggunakan Digi Broadband 100 dan boleh dikatakan pengalaman saya sangat positif. Plan ini menawarkan kuota sebanyak 40GB all day dengan 10 GB video streaming dan juga free Youtube streaming. Tiada kuota siang/malam atau kuota harian/mingguan yang mengarut.
Digi menawarkan plan tanpa kontrak sekiranya anda beli sim card sahaja atau kontrak selama 12 bulan sekiranya membeli peranti Mifi daripada mereka. Saya memilih untuk tidak terikat dengan kontrak dan juga bebas menggunakan peranti mifi yang dibeli sendiri.
3 sebab saya pilih Digi broadband;
a) Nisbah harga:kuota yang lebih berbaloi berbanding telco lain
b) Kelajuan download/upload yang memuaskan
c) Ekstra seperti free youtube streaming dan 10GB quota tambahan untuk stream video dari Iflix, Netflix dan sebagainya
Digi Broadband 100 vs Telco Lain
Berikut merupakan perbandingan antara Digi Broadband 100 dengan mobile broadband daripada telco lain. Digi menawarkan jumlah quota paling besar untuk all day quota. Celcom dilihat paling mengecewakan kerana masih menggunakan model quota off peak, weekend data serta tiada quota khas untuk video streaming.
Digi Brodband Extras : Stream Free / Stream On Demand
Stream Free – free/unlimited video dan music streaming untuk servis seperti Youtube, Era FM dan sebagainya :
Video | YouTube, YouTube Gaming, YouTube Kids, Dailymotion |
Music | Era FM, Fly FM, Hot FM, Kool FM, THR Gegar, Hitz.FM, Mix FM, MY FM, Sinar FM, BFM |
Stream On Demand – 10GB quota video streaming untuk servis seperti Iflix, Netflix, Viu dan sebagainya
Video | Netflix, iflix, Astro On the Go, HeroTalkies, Viu, HyppTV, TonTon, dimsum |
Music | Spotify, Deezer, Joox, Kkbox, Apple Music, Tidal, Raku, Smule |
Adakah telco lain akan membuat perubahan baru dalam plan mobile broadband mereka untuk melawan Digi Broadband ? Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.
Digi Broadband 100 Speedtest
Peak download speed : 40+ Mbps (4G)
Average download speed : 20+ Mbps (4G)
Upload speed : 8-10 Mbps (4G)
Ping : 30+ ms
Anda boleh rujuk artikel sebelum ini, Digi Broadband 100 Speedtest untuk lebih info.
Untuk gaming, memandangkan ini adalah mobile broadband, jadi ping/latency adalah tidak sebagus wired broadband. Dota 2 agak lancar tetapi pengalaman anda mungkin berbeza sekiranya memainkan game fps seperti Battlefield, Overwatch dan sebagainya.
Digi Broadband Mifi
Saya menggunakan modem Mifi Alcatel EE60 berharga RM250. Saiz kompak, signal strength sangat bagus, wifi coverage yang luas serta ketahanan bateri ~20 jam. Masuk nano sim card digi dan setup wifi dalam masa kurang 3 minit.
Digi Broadband 100 – Pros
- Kuota banyak berbanding telco lain pada harga setaraf
- Download speed dan upload speed yang memuaskan
- Free youtube streaming
- Free 10GB video streaming untuk Netflix, Iflix…
- Tiada kontrak bagi pengguna yang membeli kad sim plan sahaja
Digi Broadband 100 – Cons
- Voip seperti whatsapp call memerlukan langganan tambahan
- Tiada unlimited quota (seperti mana-mana mobile broadband lain)
- Tidak sesuai untuk perkongsian dengan ramai pengguna seperti Unifi, Streamyx
Pada harga yang ditawarkan, Digi Broadband boleh menjadi alternatif yang lebih baik kepada pengguna yang bukan dalam kategori heavy user yang menggunakan lebih 50GB data internet setiap bulan. Katakan anda tinggal seorang atau berdua bersama suami/isteri dan pilihan yang ada hanya Streamyx 8Mbps / RM160 sebulan dengan kontrak 2 tahun atau mobile broadband yang menawarkan kelajuan yang jauh lebih tinggi, harga yang lebih murah dan tiada kontrak, mana satu yang anda akan pilih ?
Ada pertanyaan mengenai Digi Broadband atau mobile broadband boleh tinggalkan komen di bawah ya!
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
ameer faez
saya dah langgan digi broadband 100+mifi(contract 12month) ni utk menggantikan streamyx 4mbps sebab terbaca artikel dr jomphp, setakat ni plan ni sangat memuaskan dari segi speed dan jumlah quota, yg saya risau sekarang jika dalam masa 12bulan saya di dalam kontrak ni akn ada ubah suai dr pihak digi spt pengurangan quota, pengasingan data yg mengarut spt data hujung minggu, harap2 plan ni pelaburan internet paling berbaloi saya langgan jika tiada terms yg diubah.
Einz
Pakai mifi huawei yang ada LTE-A tu ke?
Salah satu sebab tak ambik contract adalah nak elak telco screw up customer. In case, digi screw up, boleh terminate terus subs. Tapi fikir positif, Digi tak downgrade plan broadband sebab diorang nak tarik market share berbanding celcom dan maxis.
Heary
Kalau pakai iptv cukup tak kuota untuk sebulan? Huhuhu
Einz
Kalau stream hari2 Digi mungkin tak cukup.
Umobile maybe lebih berbaloi sebab dia ada unlimited video streaming; boleh tengok tv pakai tonton, astro on the go dan hypptv anywhere
ameer faez
mifi huawei e5577s(LTE) terpaksa saya ambik sekali utk take advantage kelajuan LTE yg ada di kawasan rumah dgn plan digi bband 100 sebab harga mifi 4g yg mahal di pasaran dan mifi lama kpunyaan saya sndiri cuma support 3g(hspa+).
Nik
Admin..mna brbaloi amik digi broadband rm100 atau amik digi yg plan rm110 plan unlimited hjng mnggu
Einz
Digi postpaid rm110 tu unlimited hujung minggu (max 100gb sebulan).
Kalau nak pakai di phone dan kadang2 saja guna hotspot berbaloi yang digi 110.
kalau untuk mifi dan tak nak tunggu weekend untuk guna internet boleh ambik digi broadband 100 ni.
Shaifudin Sulaiman
ada perasan slot kabel, kabel lan ker?
Einz
mifi ni pakai usb type c untuk charge dan ada usb output untuk guna as powerbank.
lan cable takde, yang tu kena specifically beli lte router sebab mifi generally saiz compact
Megatron
Admin saya pakai broadband ni kawasan 4G..tapi speed x seberapa sgt..tapi pakai wireless broadband router cucuk usb stick..support 4G..kalau tukar pakai mifi yg mcm kt atas tu, adakah speed akan bergambah?
Einz
Usb-stick biasanya signal tak kuat sangat.
Try masuk sim card dalam phone lte dan buat speedtest. Kadang2 dalam rumah tu ada certain2 spot tu signal kuat, ada spot signal lemah
heary razani
oyeke einz.tq btw.dok pendalaman gini digi macam ok sikit.. =)
nasz
saya pakai alcatel mifi jugak, tapi older model Alcatel Y853 + umobile hero 98.
yang dalam review ni pakai Alcatel Y854 kan?
nasz
oops, salah.
rupanya EE60 ni lagi latest version dari Y854.
Einz
Alcatel Y854 micro-sim, micro usb kalau tak silap.
EE60 nano sim, usb type-C
ahmad
Untuk mifi/ lte modem router ni, kalau cucuk simkad Digi Postpaid plan, jadi tak? Ke memang kena specifically pakai Digi Broadband plan?
Sebab saya ingat nak upgrade plan postpaid digi dari 80 ke 110, dan bila weekend, cucuk simkad ke dalam router LTE/ mifi.
Einz
Mifi alcatel ee60 ni boleh cucuk digi postpaid 110 sim card.
Unlimited data time weekend, so boleh guna buat download2
Azmi
Einz, free streaming youtube to at what resolution yer?
Einz
4K, 2K, 1080p sampai la ke 144p
Rasanya system detect ip address youtube je kot
hafiz
Admin,modem Mifi Alcatel EE60 beli kat mane ye?
Einz
boleh beli online Klik untuk beli Alcatel EE60 Mifi
Pian
Admin,broadband 100 asal xsesuai pengguna rmai? Line jadi slow ka
Einz
Kalau pengguna ramai, 40GB quota tu sekejap saja habis.
Kalau 1-2 orang guna boleh tahan sebulan
Nur Halim Ibrahim
Kenapa saya dah tak ada unlimited youtube streaming tu lagi? Dah dua bulan…
Einz
Digi dah removed unlimited youtube, tukar kepada 50GB youtube streaming
syahira
sorry sy xberapa pndai sgt berkaitan hal ni..nak tanya, kalau saya ada dongle usb celcom (MTV World Stage 2011 USB Modem- dlu guna ms belajar) boleh ke guna kalau sy subscribe digi broadband60 tu?
Einz
Kalau dongle tu locked to telco celcom, takleh masuk sim kad digi.
lagipun dongle tahun 2011 speed 3g tak laju.
zaxxx
digi punya mifi tu boleh pakai kat telco broadband lain ke x? ke specific untuk digi je? kalau boleh pakai ke telco lain,hajat nak ambil skali mifi tu..
Nizar
Masih ada ke pakej Digi broadband rm100 ni? Macam mana saya nak langgan kalau ada? Terima kasih
Einz
Masih ada. Klik http://invol.co/clAJW pastu tekan “Broadband”
bUn
admin..nak tanya sikit..kalau masuk sim dlm mifi..lps tu hotspot ke pc or smart tv..streaming tonton,netflix akan guna stream on demand quota atau deduct internet quota (hotspot dr mifi)..harap admin faham..hihihih
Mattomot
Salam tuan….. Saya ada guns digi broadband beserta dengan mifi huawei yg digi bg…. Kalau Saya nak insert sim [email protected] telco lain boleh tak.. Broadband data yg ada tak cukup… Saya plan nak guna digi unlimited…
Ika
Ada beza ke kelajuan internet digi untuk jenis prepaid, postpaid dengan broadband?
Einz
Sama je, cuma beza kuota banyak mana dengan unlimited saja. Coverage/location paling penting. Contoh Digi kat Kedah dan Penang slow. Kat tempat lain laju jer