Selepas beberapa bulan menggunakan Digi Broadband 100, saya akhirnya ‘terminate’ plan ini dan ‘upgrade’ ke Digi Infinite 150. Memandangkan kerja dan aktiviti harian saya dan keluarga banyak melibatkan data dan bandwidth yang besar, maka saya terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada Digi Broadband dan melanggan plan unlimited Digi Infinite 150. Review ringkas ini berpandukan penggunaan saya secara sepenuh masa di peranti Mifi, jadi saya akan skip details melibatkan Call, SMS dan lain-lain.
Digi Infinite 150 Unlimited Data Plan
Saya order sim card Digi Postpaid 150 Infinite secara online di Digi Store. Plan Digi Infinite 150 hanya boleh dilanggan secara online untuk makluman. Jumlah pembayaran semua ialah RM318 termasuk GST dan penghantaran percuma. Sim card sampai selepas 2 hari daripada tarikh order. Baguslah telco sekarang banyak yang jual sim card 3-in-1, ada saiz normal, micro dan nano, jadi tak perlu susah-susah potong atau tukar di kedai-kedai.
Order Simcard Digi Infinite 150
Saya menggunakan Mifi Alcatel EE60 sejak hari pertama saya guna Digi Broadband lagi. Mifi ni murah dan mempunyai ketahanan bateri yang sangat bagus. Memandangkan kawasan saya tinggal tiada capaian LTE-A, maka saya jimat wang dengan tidak membeli Mifi LTE-A/CAT-6 LTE daripada Huawei. Jika kawasan anda ada LTE-A Digi, anda perlukan Mifi yang lebih bagus dan mahal untuk dapatkan kelajuan internet yang lebih laju.
Boleh baca review Alcatel EE60 Mifi di sini.
Digi Infinite 150 Speedtest Result :
Peak speed : 40+ Mbps
Average speed : 20-30 Mbps
Peak IDM download speed : 5-6 MB/s
Peak Steam download speed : 5.5 MB/s
Setting Alcatel EE60 Mifi yang saya guna.
Tip : Untuk dapatkan signal 4G yang kuat, jangan letak mifi di tengah-tengah rumah, di celah almari atau di bawah meja. Sebaliknya, cuba posisikan mifi berdekatan dengan tingkap atau pintu rumah. Boleh juga cuba letakkan mifi di tempat tinggi.
Network mode : Lock kepada 4G.
Digi Infinite 150 Postpaid Profile.
Battery saving set kepada disabled.
Fungsi Data Usage di dalam Mifi Alcatel EE60 tak berapa reliable, jadi saya check usage di MyDigi > Usage.
Order Simcard Digi Infinite 150
Ada sebarang pertanyaan mengenai Digi Postpaid Infnite 150? Boleh komen di bawah ya !
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Azam
Hari ni downloaad game dekat origin max speed dapat 8MBs
Einz
Aku download kat Steam tak pernah exceed 6MB/s, mungkin kena try tukar server kot.
Afizul Mohamad
untuk gaming ping ok x?
Einz
Ping dalam ~30ms. Try main game Dota 2 dan fighting (KOF) ok smooth. Tapi tak try lagi main fps dan fifa online.
Jakz Aizzat
Ada tips tak untuk jaga mifi ni? Dah pakai 2 jenis mifi alcatel n huawei, dua2 bateri kembung.
Einz
Mifi alcatel ni, first kena pakai adapter yang output tinggi sebab nak caj batery 5000 mah tu. Then, genap je battery full terus cabut dari charger dan guna battery sampai drain then baru charge balik
Ashraf Idris
terminate digi 100 boleh buat online ke? cdg nk terminate gak tkr infinite
Einz
Terminate digi broadband pakai email, dalam few hours dah setel. Boleh email ke [email protected] untuk request termination form
Abdul Malik
Boleh x kalau saya nk upgrade dari digi broadband 100 terus ke digi infinite 150?
Einz
Takleh bro. Kalau dari broadband tukar ke postpaid takleh, prepaid ke postpaid baru boleh
Shaifuddin Sulaiman
speed ni line 4g ker 4g lte A..?
Einz
4G. Sebab EE60 mifi tak support LTE-A dan rumah kitorang takde LTE-A.
Kalau LTE-A boleh naik sampai 100Mbps
Am
Macam mana nak check either kwsan ada lte-A?, sebab kat rumah tiada yang guna digi.
Einz
Duduk area mana tu? Kalau luar daripada KL, Selangor, JB safe to assume takde LTE-A coverage tapi LTE sahaja.
zul
kalau broadband ade contract lagi plus package huawei modem, kena extra charge tak masa terminate
Einz
Kalau ada contract, possible kena returns balik device dan bayar penalti @ termination fees. Kena check balik TnC
Haris
kalau pelanggan baru nak order simkad ini kena cas RM318 juga ke?
Einz
Aah. RM318 masa first order, tapi akan rebates dalam bil bulan pertama dan kedua kalau ada balance.
ShirteriousAJ
Maknanya bayar RM318 tu kita tak payah bayar dah la bil bulan pertama dan kedua sebab terus masuk rebate. Kira macam deposit 2 bulan. Betul tak?
Einz
Haa macam tu la. Unless dalam first month tu ada buat extra addons yang tambah dalam bil.
Taufik
Tuan Einz,
Mohon bertanya, plan digi infinite ini sepatutnya digunakan pada smartphone dan akan menikmati unlimited data plan dan unlimited tethering sambil boleh call dan sms seperti plan postpaid yang lain kan? Tapi apa yang tuan buat ialah gunakan sim kad digi infinite ini ke dalam modem Alcatel Mifi supaya ianya akan menjadi sumber wifi berterusan dalam rumah. Macam tu ke?
Einz
Yes. Bila guna dekat phone, sim ni boleh buat unlimited call dan unlimited data. Tapi tak ideal untuk guna sebagai wifi hotspot di rumah.
Guna mifi, hilang ability untuk buat call tapi lagi sedap untuk sharing wifi satu rumah boleh pakai.
Taufik
Terima kasih tuan. Soalan kedua saya, mifi brand apa yang ada sokongan port LAN? (recommendation tuan). Saya bercadang untuk link kan smart TV dan PS4 melalui sambungan LAN kepada modem.
Terima kasih in advance.
Einz
Ada mifi yang power, ada port LAN etc cuma harga dia mahal sikit https://www.aliexpress.com/item/Huawei-CE0682-Wireless-Pocket-WiFi-Router-with-Ethernet-Port-6400mAh-power-bank-NFC-Huawei-WIFI-2/32816480302.html
satu cara lagi beli router yang ada usb port. so dekat rumah cucuk mifi di router. nak keluar rumah bawak mifi https://einz.my/alcatel-ee60-mifi-router-usb/
Fauzi Ishak
Boleh set 4g only x modem ni bohhh
Einz
boleh je set 4G only
Fauzi Ishak
Boleh ker 4g only
Muhammad
Boleh ke guna sim kad infinite ke dalam maxis broadband mifi untuk guna sebagai sumber wifi?
Einz
Kalau mifi tu beli dengan Maxis, normally Maxis locked mifi boleh pakai simcard maxis je. Try pinjam simcard prepaid member2 yg celcom or digi tengok dapat signal ke tak.
Ijoy
Package ni promo sementara ke selalu ade je…
Einz
Promo sampai 31/7/17. Tak sure diorang nak extend lagi ke tak
mel
salam bos. recommend sikit mifi/router LTE-A yang nice dan berpatutan.
Einz
huawei e5785 – LTE-A mifi dalam rm600 +- harga dia
Syazwan
Klu kawasan sy ni digi tak dapat coverage 4g tuan.. ada coverage 3g je.. agak2 berbaloi tak klu guna..sy pun nk guna mcm tuan masuk dlm mifi..
Einz
Salam. kalau coverage 4G takde, tak recommended sebab 3G/H+ digi ni slow. Cuba try maxis broadband 60gb rm135
nurul
salam.. mobile mifi apa yg bagus? kawasan saya ade LTE-A.
part2
package ini dapat digunakan download movie ka? Tq
Einz
Download je apa2. cuma torrent saja tak support
Hamady
salam tuan…
selepas subcribe,kena bayar terus ke atau selepas pakai sebulan baru RM3xx di bil kan?
Einz
RM318 tu bayar masa first order. Then next month tu dapat rebate.
Recommend install app Mydigi untuk track bill, mudah.
ICD
Boss Einz,
Nak tnya simcard digi nih mcm mana ya? Micro or macro atau standard sim(yg size besar tu)??
Lagi satu, utk rumah apartment sesuai x?
Thanks boss…
Einz
Simkad Digi bagi tu boleh pakai dalam 3 size. Normal, micro dan nano. Try beli sim kad digi prepaid dan test data speed dan signal strength dulu, kalau dapat at least 20+ mbps consistent speed baru beli postpaid infinite 150
Jay
Saya terbaca promosi digi postpaid RM150 ni dilanjutkan sampai 31.8.2017. Katalah saya guna postpaid digi RM150 ni, kemudian saya beli modem mifi alcatel bermakna saya cuma boleh layan internet tapi tak boleh buat unlimited call, di situ nampak rugi sikit. Sebagai pilihan katalah saya beli satu lagi henset cap ayam bertujan utk buat call unlimited, contohnya nokia yg berharga di bawah RM100, praktikal tak? Maksud saya bila nak layan internet saya masukkan sim card ke dalam modem dan bila nak buat call saya keluarkan sim card dari modem dan masukkan dalam henset nokia, nampak ptaktikal tak?
Einz
Plan digi rm150 ni extend sampai 15/9/2017 pulak. Boleh je buat macam tu kalau nak utilize free call.
Baim
Lanjut lagi eh? Bagus2. Ingat nak subscribe juga plan ni. Skrg ni tgh plan 85+streamyx. hujung bulan nak terminate streamyx dan langgan plan 150 ni.
Veenang
MOhon bertanya, ada yang berkata torrent tak support untuk download movie/drama dan lain2. Ada kah digi infinite bagi download d Qbittorrent?
Einz
digi tak support torrent. so kena guna VPN atau seedr.cc untuk menorrent.
Wei Gedebe
nak tanya ada cara x nak share hotspot lebih dpd 5 org.. x silap saya baca dia Q and A dia tu limit 5 devices pada satu masa
Einz
so far digi infinite 150 guna kat mifi/router boleh share lebih 10 devices pada masa sama.
boogeyman
Plan digi infinite nie ada kontrak tak….atau kita boleh terminate bila2 masa je
Einz
Takde kontrak. Boleh terminate anytime
Syarizal hashim
Sy baru je isi online dan dah deducted 318 tu dari account cimb click sy …so mkna nya dah lulus ke camna tu ?
Einz
haa tunggu sim card hantar ke rumah la.
idriss abu kassim
salam… so sekarang ni masih gune ke? ade hidden charges tak or memang 150 permonth?
Einz
Salam, masih selesa guna digi infinite 150. laju dan takde competition dari mana2 telco lagi setakat ni. 150 per month + GST.
ali
bro sy nk tuka kpd digi unlimite ni..lps order dkt web digi sim tu..modem dpt skli x or kena beli lain..kalau kena bli lain dkt mna eh jual..or better sy dftar guna agen yg ada pekej sim+modem
Einz
Modem or mifi tak dapat sekali kalau beli dekat web digi. sebab plan ini digi buat untuk postpaid phone tapi ramai guna dekat router/mifi sebab unlimited internet.
Mifi boleh beli dekat lazada pakai link ni //go.einz.my/aEE60mifi
iman
bro kalau coverage sy ad LTE-A ni sesuai x pakai mifi ee60..stu lagi betol ke infinite 150 byk problem discussion dlm forum ramai kata slow n speed capped..so far bro pakai ok ke x or byk problem
Einz
Location kat mana ye bro? Kalau dekat KL, Gombak etc tu speed tak laju sebab puncanya ramai sangat user dan line sesak (congestion).
Kalau pakai kat tempat tak ramai user digi cam kelantan dan terengganu, memang laju speed. Beli dulu simkad prepaid digi pastu test speed dalam phone, kalau sedap baru langgan infinite 150
hafiz
assalam bro. kuota ni unlimited ke? naper tengok ada baki 49gb? mohon pencerahan
Einz
bukan baki 49gb tapi “used” 49gb. Dah consume 49gb maksudnya. Kuota memang unlimited
Pengguna digi infinite yang makin malas dengan digi
Salam bro. Nak tanya ni. Mifi ee yang bro pakai tu kan, dia tarik line lagi padu dari henset tak (henset buat sebagai hotspot dan letak kat posisi yang sama macam mifi ee tu)?
P.s. Saya punya infinite 150 sejak bulan 8 jadi lemau dan tak sestabil dulu. Signal masih macam dulu tapi download speed dah tak sesedap dulu. Dulu download speed lebih kurang 20Mbps. Sekarang nak lepas 10Mbps pun dah semput. Bila dia main area 2-3Mbps memang rasa nak cari internet lain tapi internet2 lain pun macam 2×5 je lepas cuba 😂 Lepas tu mula lah rasa baik tak payah pakai internet langsung. Tapi yang bagusnya ping sekarang lagi mantap dari dulu. Dulu biasa lebih kurang 30ms sekarang 16ms pun boleh sentuh. Btw ni penggunaan di area antara meru (klang) menghampiri puncak alam. Dah report kat digi dah. Tapi masih tak pulih sepenuhnya. Syak line congested. Mungkin telco kena buat plan postpaid vip yang samada bilangan pelanggannya dihadkan kaw2 ataupun harga plan vip ni main area rm400-500 sebulan yakni tak ramai orang sanggup nak bayar jumlah tu semata2 untuk internet. Tapi bagi pengguna internet tegar rasanya harga jatuh no. 2 sebab no. 1 tetap kualiti perkhidmatan sebab sakit wo emosi kena main dengan internet macam gini. Btw saya pakai mifi xiaomi yang bateri 10000mah harga 3 ratus lebih tapi tarik line lebih kurang sama je macam pakai henset sebagai hotspot.
Einz
Salam. Kalau ikut spec, Mifi xiaomi tu battery saja besar tapi download speed, upload speed dia agak rendah berbanding mifi alcatel dan huawei. Ada je orang tanya saya, ok ke tak mifi xiaomi saya terus kata beli model lain.
Kalau ada member2 pakai mifi alcatel, xiaomi try pinjam sekejap test speed.
Speed dan congestion, ya kalau kat KL, lembah klang memang congested sebab ramai user Digi. Before terminate, try dulu mifi lain kot2 dapat speed lagi laju dan stable.
Ron
Hello bro, nak tanya ni pembayaran bagi 150 Plan, klau dah habis tempoh guna selama 2 bulan, bleh ke bayar melalui Digi Store atau kat internet?
Einz
boleh bayar kat digi store, online store, guna mydigi app or mana2 online banking.
Nazim Sham
Salam.. semasa penghantaran simcard gdex ada mntk ic atau resit ? Sbb saya jarang berada dirumah . Mntk family saja yg ambil
Einz
Rasanya takde mintak resit. Just kena sign and masuk no IC penerima tu je
doja huhu
salam..hai nak tnye …sy baru je lnggan 150 internet unlimited ni,tpi sy xfhm lagi,knp ada komen2x sye baca kena tggu simkad smpai,apa mksdnya tu,bkn trus guna simkad yg kita guna ke
dany
salam bang.. nak tanya pasal mobile wifi brand netgear. okay tak pakai kat malaysia? mana lg stable alcatel/huawei atau netgear?
sy ingat nak ambil model netgear ac782s..ada apa2 info?
Einz
Netgear. Tunggu another day or two nak up artikel review Netgear Mifi ni
Izzat Zainudin
salam.. digi infinite 150 plan ni boleh guna untuk android box tv ke?
Einz
Guna buat streaming android box ok je kalau dapat LTE laju dan konsisten. Invest beli mifi atau LTE router yang sedap sikit.
dany
ok bro thanks sy tunggu next update..
Abu
bos einz, boleh minta pendapat sikit tak…Modem router jenis apa yg leh
support 4G Broadband
Einz
Budget berapa tu? kalau budget lebih boleh beli Huawei. Kalau budget kurang sikit tp-link, d-link ada
faris amirul
Salam bos, Speed sekarng macam mane ye? okay tak? sebab ada review kata makin lama makin slow line dia. thanks in advance
Einz
Salam. masih laju dan sedap pakai
Wan
Salam bro.. klu kawasan rumah saya digi mmg takde 4g berbaloi tak guna digi infinite ni ?
Einz
Tak berbaloi kalau takde 4G sebab 3G digi tak laju sangat. laju lagi 3g celcom or maxis
Takpun try buat speedtest dulu digi 3g dapat berapa mbps download/upload speed. Kalau lebih daripada 10mbps tu ok la
ahmad
Salam. Saya baru dapat EE60, dan pakai digi infinite 150. Ada beberapa persoalan;
1) Kenapa saya tak boleh nak set network mode ke ‘4g only’? Bila set, nanti dia akan tulis ‘no service’.
2) Nama dekat profile management saya ‘digi broadband’ (saya tengok Einz punya Digi Infinite 150). Ada beza ke? APN saya pun lain dengan Einz punya; 3gdgnet.
Speed dan capaian tak berapa memuaskan berbanding pakai fon jadikan hotspot.
Einz
1) APN 3gdgnet tu untuk digi broadband.
2) Tukar APN jadi diginet. Ni baru APN digi postpaid. Lepas tu baru lock to 4G only. Pastu buat speedtest balik.
papa kapla pening
sim digi ni pakai kt router yg ada port tel bleh x?
Einz
router model apa? tak semua compatible
papa kapla pening
router yg bleh saport internet ngn tel rumah, brand dan model? bagi 1 idea…
Edy
Aku suggest Huawei B310s-22 or B315s-22…
Arif
Salam bro.
Kalau beli kene bayar RM 318 dan dia cover untuk dua bulan kan . So, 3rd month kene bayar RM 150 ke acane ?
Einz
ni contoh billing history. basically bayar rm318 tu rebates untuk dua bulan. Tengok bulan June, July tu amount paid RM0.00
JOe
salam, nak tanya, agak2 yang mana paling best, TP-Link M7350 @ alcatel ee60. saya guna ipad mini 2 & PC, support wifi 5ghz. lagi laju ke @ sama je. terima kasih.
spencer
boleh guna TENDA 4G185 4G LTE Advanced Portable Wireless WiFi Modem Router MiFi for the digi 150 infinite postpaid plan ??
helmyashraf05
tp dr gambar yg encik hantar tu., mcm ada limit jer utk panggilan.., rm450 credit limit., internet pun ade limit jgk ke?
Einz
Internet takde limit. RM450 tu credit limit untuk jumlah bil keseluruhan.
Zharif Nasir
Kalau router DSL-2750E boleh tak? Boleh ajar tak macam mana nak setting. Terima kasiih..
wong
boleh digunakan tengok youtube, download movie guna p2p?
Einz
tengok youtube, iflix, netflix etc boleh. p2p torrent kena pakai vpn or socks5
Danial Asraf
Saya nak tanya digi infinite ni dia hantar bil ke peti surat rumah kita ke ?
Einz
dia hantar bil, tapi nak mudah tahun 2018 ni, bayar guna app mydigi or jompay.
reinoko
kalau guna smartphone biasa dengan tethering hotspot, speed slower ?
Einz
haah speed biasanya slow bila tethering daripada phone. tak maximize full peak speed. lagipun bateri smartphone cepat gila drain nanti
Mohd Izzul Asmawi
Hi einz.. Sy nk daftar on9.. Pe tu coupon code? Bagaimana nk dpt code tu
Ramli Zulhilmi
Salam bang. Sy ada beberapa soalan nak tnya mmndgkn abg dah ada pengalamn dengn bnda ni.. so sy nak tau
1. Mcm mna penggunaan digi infinite 150 abg shingga kehari ini ?
2. Alcatel Mifi EE60 tu support utk heavy duty ke trutamanya streamer and gamer or at least utk kaki youtube full HD ke ?
3. Harga yang diberi dari digi store sehingga ke hari ini adalah RM300 (asal adalah RM318 + GST) so nak tnya 300 ni cover 2 bulan ke? Dan lagi adakah caj² tambahn/sembunyi yg akan dikenakan atau ianya fixed payment RM 150 over 24 months and up.
4. Org atau mana² kedai online, company etc yg menjual Alcatel EE60 tu sy x jumpa dealer bkn lngsung x jumpa cuma xda yg ada tnda preferred kalau adapun telebih bajet RM250 ( same model) and ada preferred tpi xde pembeli yg membeli, xde rating and shipping from oversea. So ini agak susah juga bagi sy yg masih baru ke alam Mifi ni sbb sy x pernah pakai bnda ni sbb hotspot dri phone and registered router sja sy pernah guna link alyg abg bgi juga xbleh di akses lg..
5. Berkaitan soalan no 3 ( lupa nak selitkan) penggunaan untuk unlimited data tersebut x dikenakan caj per use kan atau mcm mana? Bleh ktkn sy download lebih 50GB ke atas then harga kekal RM150 per bulan..
Itu shja dlu dn klu boleh sy nak nk follow FB dn IG abg snng nk contact abg utk tnya lbih lnjut ttg pngalamn abg. TQVMiA…😊
Einz
salam, boleh direct tanya kat twitter saya @einztrigger
sekarang saya masih pakai Digi infinite 150 tapi dah upgarde ke mifi yang lagi power, dah tak pakai lagi alcatal ee60 ni
zakiudin MK
Bro, ramai feedback mengatakan, Digi Infinite 150 ada hidden limit, 1TB, after reached 1TB, speed akan slow. Zaman sekarang streamyx 4K movie, sebulan tgk 20 movie je da reached 1TB derang kata…..Bro bole la test reach 1TB usage, tgk apa jadi….
Einz
Yep, dah lama orang kata Digi Infinite 150 ada limit 1TB. Tapi dah 2 tahun guna so far jarang gila usage sampai 1TB even with heavy downloads dan netflix, youtube streaming.
Tak payah risau 1TB limit tu sebab rasanya kalau exceed pun still boleh pakai internet cuma speed jadi slow sikit around ~10Mbps gitu.
Ibrahim Wahab
salam bos, nak tanya, kalau langgan digi infinite 100 yg unlimited jugak tu, https://www.digi.com.my/shop/postpaid-plans , dan dibuat sebagai modem wifi, pastu register pulak supplementary card https://www.digi.com.my/shop/postpaid-plans/family-plan?gclid=EAIaIQobChMI0s7a26GC5AIV1SMrCh0hswg5EAAYAiAAEgLM5PD_BwE untuk gunakan function call di phone.. kita akan dapat data unlimited jugak ke, atau dia akan tolak tethering quota 20GB tu …
Einz
Digi Infinite 100 tu kalau hotspot (tethering) 20GB je sebulan kalau masuk dalam modem wifi.
Kalau digi infinite 150, unlimited hotspot
mizan hamizan
SALAM BRO NAK TYA KLAU PKAI ROUTER TP LINK NNTI DIA TOLAK DATA UNLIMITED ATAU MCM MNE BRO ?
Brotherhood33
Salam bos, nk tny, mifi apa yg compatible dgn 150 unlimited, boleh x list dari yg biasa ke paling baik? Harga mifi x kesah, janji dia mobility. Terima kasih.
Einz
Salam bro, boleh baca artikel latest ni https://einz.my/4g-modem-router-mifi-terbaik-malaysia/