Dua bulan lepas saya telah membeli mifi TP-Link M7450 untuk digunakan bersama dengan pelan data Digi Infinite 150. Perkara pertama sekali yang saya buat ialah mengubah beberapa settings untuk mendapatkan prestasi terbaik dan kelajuan data internet yang optimum kerana default settings yang dalam mifi atau router TP-Link ini tidak dioptimasikan sepenuhnya.
Panduan ringkas ini sesuai untuk pengguna TP-Link M7450, TP-Link MR400 dan model-model baru.
Digi Infinite 150 Settings Untuk TP-LINK Mifi atau TP-Link 4G LTE Router
Buka http://tplinkmifi.net/login.html dan klik ke Dial-up > Dial Settings dan create Profile baru seperti diatas.
Ini adalah settings asal Digi yang ditetapkan oleh TP-Link. Nampak tak banyak beza tapi berdasarkan percubaan saya, default settings ini memberikan kelajuan data yang kurang memuaskan berbanding settings di atas.
Di Network Settings > pilih Network mode kepada 4G Only. Saya sarankan set kepada 4G Only bila menggunakan Digi Infinite 150 kerana kelajuan 3G/H+ Digi memang biasanya sangat mengecewakan dan boleh buat orang murung.
Akhir sekali, matikan fungsi Power Saving Mode kerana walaupun jimat sedikit tenaga atau bateri, fungsi ini boleh menjejaskan keluasan signal dan kelajuan data. Lebih baik matikan.
Lain-lain pengubahsuaian yang saya buat ialah
- set wireless mode ke 11n Only bila perlu berkongsi dengan banyak peranti lain, biasanya saya pilih 5Ghz/11ac untuk kegunaan sendiri
- wifi security WPA-2 AES
- manual update ke firmware terbaru mifi/router TP-Link
Malangnya TP-Link tidak membenarkan pengguna untuk lock band LTE untuk carrier aggregation seperti lock Band 3+7 CA seperti sesetengah model Huawei dan Netgear. Saya masih mencari jalan lain untuk mengakses fungsi ini jika ada.
Kelajuan purata 30-50 Mbps.
Kelajuan bila signal penuh dan bukan waktu puncak 70-90+ Mbps.
Selamat mencuba!
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Mahacai
Admin boleh ke buat tutorial nak buat limit to every bandwith.?
Einz
Spesifik sikit nak limit bandwidth camne tu? nak split bandwidth untuk different user ke?
Roy
Modem jenis ape ye yg boleh bt dual band, sbb skrg byk lg device x support 5ghz
Rose Imad RoseImad
Salam bro, digi i150 masalah cap speed torent , even update game World of Tanks pun dia nak cap mungkin sbb cara update dari launcher wargaming sperti torrent . how to bypass?
modem huawei B350s . tukar band pun x guna 🙁
Einz
http://forum.worldoftanks.eu/index.php?/topic/699280-how-to-install-wot-without-bittorrent-without-game-center/
Kena try workaround lain, sebab WOT updater memang guna p2p/torrent method dan Digi block torrent. Satu lagi cara, kena pakai paid VPN (VPN berbayar) yang boleh bypass p2p digi.