Beberapa minggu lepas, saya menulis mengenai pengalaman positif menggunakan Digi Broadband dan berpendapat bahawa Digi kini lebih ‘disruptive’ berbanding telco lain. Kini, telco kuning ini hadir pula dengan plan postpaid Digi Unlimited Data Plan – Infnite RM80 dan Infinite RM150. Ya, selepas Webe kini giliran Digi pula menawarkan unlimited data yang boleh digunakan di smartphone dan juga boleh digunakan didalam peranti MiFi untuk perkongsian internet.
Jika sebelum ini Digi Postpaid 110 menawarkan unlimited data hanya pada hari Sabtu dan Ahad, Digi Infinite unlimited data boleh digunakan sepanjang masa, setiap hari, siang atau malam.
Digi Unlimited Data Plan Postpaid 80 Infinite & Postpaid 150 Infinite
Digi Postpaid 80 Infinite
- Unlimited quota all day
- Kelajuan data dihadkan kepada 5Mbps maksimum
- Percuma ‘hotspot pass’ untuk tethering 5GB sebulan selama 12 bulan
- Menyokong peranti MiFi
- Perkongsian internet menggunakan hotspot hanya menyokong maksimum 5 peranti
- Unlimited call ke semua network
- Percuma 300 SMS ke semua network
- P2P dihadkan kepada 64kbps (torrent)
- Tiada kontrak
Klik untuk order Digi Infinite 80 (Digi Online Store Exclusive) Update ! Sold Out !
Digi Postpaid 150 Infinite
- Unlimited quota all day
- Kelajuan data LTE tanpa had – sehingga 100 Mbps bergantung kepada coverage
- Menyokong peranti MiFi
- Perkongsian internet menggunakan hotspot hanya menyokong maksimum 5 peranti
- Unlimited call ke semua network
- Percuma 1000 SMS ke semua network
- P2P dihadkan kepada 64kbps (torrent)
- Tiada kontrak
Klik untuk order Digi Infinite 150 (Digi Online Store Exclusive)
Berdasarkan email yang saya hantar kepada Digi, plan postpaid infinite 80 dan postpaid infinite 150 hanya menyokong perkongsian internet secara hotspot terhad kepada 5 peranti sahaja.
Untuk melanggan digi postpaid infinite, plan ini hanya eksklusif kepada Digi Online Store sahaja, jadi anda perlu beli secara online. Untuk pelanggan baru pula, anda perlu membuat bayaran muka untuk 2 bulan.
Bayaran muka ini akan diberikan sebelum dalam bentuk rebat bagi bil bulanan pertama anda.
Jika anda berminat mendapatkan Digi Infinite 150, daftar segera sebelum 24 Jun 2017 kerana pelan ini adalah hanya ditawarkan dalam tempoh ini sahaja. Daftar secara online atau port-out dari telco lain kepada DiGi sementara masih ada.
Digi Postpaid Infinite 150 – Alternatif Kepada Streamyx dan Unifi
Jika anda berminat menggunakan Digi Postpaid Infinite 150 sebagai alternatif kepada Streamyx dan Unifi, anda perlu pastikan dulu kelajuan data Digi di kawasan anda. Jika kelajuan konsisten > 10Mbps dan anda rasa berbaloi boleh langgan dan terminate bila-bila masa kerana plan ini tiada kontrak.
Cadangan saya dapatkan peranti Mifi seperti Alcatel EE60 untuk dapat signal data yang lebih bagus dan memudahkan perkongsian internet dengan banyak peranti pada satu masa.
Ada pandangan atau pertanyaan? Boleh tinggalkan komen di bawah ya !
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Mokz
Nak tanya, kalau speed 5MB tu mcm mn ek? Mohon pencerahan
Einz
Speed 5mbps untuk digi inf 80 tu macam ni,
Kalau signal lte penuh pun, digi tetap cap max data speed kepada 5Mbps. Agak slow di zaman sekarang 5Mbps tu tapi quota unlimited
Ayie
Saya asalnya pengguna digi postpaid 80. Convert ke infinite 80. Mgkn 5mbps agak slow bg sesetengah orang. Tp ianya berbaloi dgn harganya. Speed 5mbps atau 625kBps boleh la tonton youtube pada resolusi 480p tanpa buffer atau 720p buffer sikit2.
Atau download file 100mb dlm masa 3-4 minit.
Hafiz
aku same je..upgrade pelan ni
tgok utube lambat je..fb kadang2 pun kena tunggu 5 mins loading…nak port out…
Nas
RM300 upfront.
Rebate for next 2 bulan.
So next 2 bulan bill, akan jadi -ve lah ye?
Einz
bil auto rebate, not sure akan appear macam mana dalam bil statement nanti. rasanya masuk bulan ke 3 baru start bayar
Nik
Sampai bila promotion yg rm150 ni admin? Lama lagi ke agak agak tempoh dia
Einz
Dekat web tulis limited time promo, tapi tak sure sampai bila. Rasanya tu taktik diorang tarik ramai convert dan pada masa sama nak tengok respond telco lain
chi
Salam tuan nak tanya ckit..
1.yg download speed utk infinite 150 hanya 64kb..hanya utk download cara p2p sajakah? Download biasa tu masih lajukah?
2. Bolehkah digunakan utk connect cctvkah?sperti xiami yi ipcam.
3. Bolehkah digunakan utk meluhat app iprv pada tvbox?
Terima kasih bro
Einz
1) download biasa masih laju, download p2p/torrent je kena limit jadi 64kbps
2) untuk connect ke cctv, kena set wifi network, boleh guna wifi router atau lte router untuk both internet + wifi
3) app iptv pada tv box boleh guna
make sure test speed dan coverage dulu before subscribe. kalau tak laju, rugi subscribe.
Lokman
Yg plan 150 ada yg cakap hotspot terhad untuk 5GB qouta betul ka ??? Atau had kelajuan internet di rendahkan ke 5mbps….aku keliru menjadi buntu arah yg ingin ku tuju 😅😅😅…
Einz
Yang plan 150 hotspot unlimited quota tapi maximum boleh share hotspot dengan 5 device saja.
Yang speed 5Mbps tu digi infinite 80
dinz
maximum 5 device tu kalau guna phone ke? kalau pakai 4g router boleh pakai lg byk device?
Einz
Rasanya sistem Digi akan detect kalau buat hotspot atau mifi/4g router menggunakan lebih 5 devices. Boleh try guna workaround, guna pc/laptop jadi another hotspot repeater atau guna VPN in case memang diorang limit ke 5 devices.
YTH
mmg rugi je sign up pelan ni..nasib baik diorg bagitau kena baca term and condition tu baik2
Nas
boleh jelaskan bahagian mana yang rugi tu sedara?
saya berminat nak signup pelan 150 tu.
TJ
Assalam Einz, Salam Ramadhan.
Soalan, kalo kita pakai sim 150 infinite tu dkt MIFI device. Free call tu kita nk pakai mcm mne yea ?
Still boleh pakai even sim dkt mifi ? or need takeout sim from Wifi and insert kt Phone ?
Thanks.
TJ
*Correction
Wifi = MIFI
Einz
Free call simcard tu kena masuk phone baru boleh guna.
Ada member dia guna simcard digi infinite 150 dekat phone (dual sim-phone) waktu kerja then balik rumah or time weekend dia masuk dalam Mifi untuk sharing.
Mifi ni totally optional – kalau guna untuk personal pakai hotspot phone pun cukup dah.
TJ
Owh macam tu.. ok2. Thanks
Tadi survey Mifi Alcatel EE60 tu kat internet memang out of stock. kalau ade pun harga RM300++. huhu
Sape2 yang nak beli Mifi Alcatel tu jangan confuse model EE60 dengan EE40 yea.
Nampak sama je dalam online. haha
kura-kura
Kalau pakai device Mifi Alcatel EE60 tu, berapa device boleh connect? limit 5 device jugak ke?
Einz
5 device untuk mifi tapi boleh guna trick “hotspot repeater” kalau guna PC or laptop.
Laptop connect to mifi —> laptop on hotspot —> device lain connect to laptop.
Ibrahim
Salam, selain mifi Alcatel EE 60, boleh bagi cadangan model mifi yang terbaik dari segi kestabilan dan kelajuan internet untuk package 150?
Nama
Digi rm110 dia kata unlimited konon.. aku dh pakai dia had kenapa 100GB data je sabtu ahad siapa kata unlimited tu mmg kencing.. tapi aku takut rm150 nie pon sama sembang unlimited tapi 100GB.. apa2 pon tengok apa komen org yg dh guna..
Einz
Digi infinite 150, ramai user kata dia limit 1 TB. ok la average user guna tak sampai separuh daripada 1TB pun sebulan
Dent10
Nak tanya, klu sy subscribe new utk digi infinite 150 tu, brapa lama simkad akan smpai ke rumah? Tq
Einz
Biasanya dalam 3 hari dapat dah sim card tu. boleh baca https://einz.my/digi-infinite-150-review-unlimited-data/