Jika anda mencari Windows 10 ISO untuk dijadikan installer Windows untuk install semula, format komputer atau untuk kegunaan lain, ini cara paling cepat dan mudah – dengan direct download terus dari server Microsoft.
Direct Download Windows 10 Daripada Server Microsoft
Jika anda membuka laman web Download Windows 10, Microsoft tidak membenarkan anda untuk direct download ISO tetapi Microsoft ingin anda menggunakan Media Creation Tool. Tetapi jika anda menggunakan peranti lain atau komputer dengan OS lain seperti Mac atau Linux, anda boleh direct download ISO Windows 10. Dengan cara ringkas ini, anda boleh download ISO Windows 10 di mana-mana komputer menggunakan Google Chrome pada Windows.
Direct Download Windows 10 ISO
Buka link daripada butang di atas, kemudian tekan F12 pada Chrome untuk developer tools. Kemudian tekan butang menu > Network Conditions > User Agent > uncheck Select automatically > pilih Safari – Mac. Refresh dan butang download Windows 10 ISO akan muncul.
Anda boleh direct download Windows 10 ISO dengan lebih laju menggunakan cara Parralel Download di Chrome. Boleh rujuk artikel ringkas dengan klik link di atas.
Selamat mencuba!
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥