Display Driver Uninstaller (DDU) Memudahkan Anda Uninstall Driver Graphic Nvidia dan AMD

display driver uninstaller ddu

Tahukah anda, driver graphic yang tidak optimal boleh menjejaskan kelancaran sistem operasi anda dan juga menyumbang kepada ‘lag’ atau ‘stuttering’ bila bermain games. Kecelaruan driver graphic biasanya berpunca dari driver lama yang tidak dikemaskini, driver graphic yang tidak sesuai dengan sistem operasi terbaru (contoh; komputer Windows 10 tetapi driver graphic versi Windows 8) dan juga driver dari OEM yang biasanya lambat ‘catch-up’ kepada versi baru.

Display Driver Uninstaller (DDU) merupakan aplikasi ringkas yang membantu anda membuang segala saki baki driver lama yang ada di dalam komputer bagi memudahkan buat ‘fresh install’ driver baru. Ianya sangat popular di kalangan peminat tegar graphic card bagi mendapatkan frame rate yang optimal untuk gaming. Dalam ayat yang mudah faham, DDU membuang segala data driver graphic AMD dan Nvidia sedia ada.

⠀⠀⠀

Cara Guna Display Driver Uninstaller (DDU)

Cara guna DDU;

  1. Download DDU versi terbaru dari laman Guru3D.
  2. Download driver graphic terbaru yang sesuai dengan komputer anda. Pastikan pilih model yang betul, 32 bit atau 64 bit bergantung kepada sistem operasi anda. – Download Driver AMD | Nvidia
  3. Jalankan aplikasi DDU. Biasanya DDU akan restart PC anda ke dalam Safe Mode.
  4. Pastikan anda pilih driver Nvidia atau AMD yang hendak dibuang.
  5. Dalam DDU, tekan butang Clean and Restart.
  6. Komputer anda akan restart dan selepas itu boot dalam keadaan tanpa driver.
  7. Install baru driver yang anda download di step 2.

Biasanya saya galakkan guna DDU bila update major seperti komputer asal Windows 8 upgrade ke Windows 10 ataupun bila driver graphic ada major release dari Nvidia dan AMD.

BACA :  Instagram Memperkenalkan Ikon dan Antaramuka Baru Bertemakan Hitam Putih

Selamat mencuba! Klik share untuk kongsikan dengan rakan-rakan.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


Leave a Reply