Dji Osmo Mobile 2 – Generasi Kedua Gimbal Popular Untuk Smartphone Kini Tampil Dengan Harga Mampu Milik

DJI Osmo Mobile 2

Dji telah melancarkan model generasi kedua bagi gimbal smartphone popular mereka iaitu Dji Osmo Mobile 2 dan dijangka akan menjadi sangat popular bukan sahaja bagi Youtuber dan filmmaker tetapi juga pengguna kasual.

Dji Osmo Mobile 2 – Generasi Kedua Gimbal Popular Untuk Smartphone Kini Tampil Dengan Harga Mampu Milik

Bagi anda yang kurang jelas apa itu smartphone gimbal, gimbal merupakan aksesori gajet yang fungsi utama ialah sebagai stabilizer ketika merakam video menggunakan kamera smartphone. Gimbal memudahkan tilt, rotate, panning dan pelbagai lagi pergerakan video dan hasilnya video yang dirakam menggunakan gimbal lebih nampak professional. Tiada lagi gegaran yang mencacatkan video. Sebagai contoh, video di atas adalah dirakam menggunakan kamera iPhone X dan Dji Osmo Mobile generasi pertama dan hasilnya memang wow, kan?

dji osmo mobile 2 gimbal

Masalah utama bagi gimbal Dji Osmo Mobile generasi pertama ialah harga yang agak mahal, kira-kira ~RM1500 ketika mula-mula memasuki pasaran Malaysia dan juga ketahanan bateri yang lemah. Dji Osmo Mobile 2 kini dilengkapi bateri terbina dalam dengan ketahanan bateri sehingga 15 jam. Ia juga mampu berfungsi sebagai powerbank kepada smartphone dan anda tidak perlu risau lagi bateri habis ketika merakam video menggunakan Osmo Mobile 2.

Dari segi harga, Osmo Mobile 2 kini berharga hanya $129 (~RM514). Pada harga yang kompetitif dengan gimbal popular lain seperti Zhiyun Smooth Q, Osmo Mobile 2 dijangka akan jadi popular untuk kegunaan vlogging, indie filmmaking dan juga kasual selfie serta instastories.

dji osmo mobile 2 lifestyle

Osmo Mobile 2 akan dilancarkan bermula 23 Jan 2018 ini dan saya jangka tidak perlu tunggu lama untuk ia sampai ke Malaysia. Saya mungkin akan membeli satu unit Dji Osmo Mobile 2 untuk smartphone dan GoPro mount nanti, anda bagaimana?

Sumber : DPReview, Osmo Mobile 2 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply