- 988views
- 7
Microsoft akhirnya melancarkan pelayar web terbaru mereka iaitu Chromium Edge yang akan menggantikan pelayar web Microsoft Edge versi lama yang menggantikan jenama Internet Explorer sebelum ini. Microsoft kini menggunakan enjin Chromium yang dibangunkan oleh Google dan ini bermakna Chromium Edge turut boleh menggunakan extension yang dibina untuk Chrome.
Seperti Google Chrome juga, Chromium Edge boleh dipasang di sistem operasi Windows 10 dan MacOS.
Download Microsoft Chromium Edge Browser
Jika anda pengguna setia pelayar web Google Chrome, sekali tengok memang antaramuka hampir sama dengan Chromium Edge ini. Fungsi sync, extension, import bookmark, data dan settings dari Chrome juga berfungsi dengan mudah.
Memandangkan enjin asal Chromium dan Chrome dibina oleh Google, Microsot telah membuang banyak komponen, servis dan bloatware yang menyebabkan Chrome lebih tinggi penggunaan RAM dan memendekkan ketahanan bateri laptop.
Secara teori, Chromium Edge lebih jimat guna RAM dan lebih panjang ketahanan bateri bila menggunakan laptop.
Untuk pengguna Netflix pula, Chromium Edge kini mampu memainkan video Netflix dalam kualiti 4K dan sokongan Dolby Atmos dan Dolby Vision berbanding 1080p di Chrome atau Firefox. Bagaimanapun, Netflix 4K hanya boleh ditonton di komputer Windows 10 sahaja dan tidak di MacOS.
Download pelayar web Chromium Edge dengan klik butang di bawah.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 988views
- 7