Pengguna Windows 10 kini boleh muat turun update terbaru Windows 10 version 1809 , juga dikenali sebagai Windows 10 October 2018 Update. Buka Settings > Update & Security > Check for updates untuk mulakan proses muat turun dan pemasangan.
Download Windows 10 October 2018 Update – Dark Mode Windows Explorer, Snip & Sketch Serba Baru
Antara fungsi baru dalam Windows 10 ialah Dark Mode kini menyokong Windows Explorer. Saya sudah menggunakan dark mode dalam Windows 10 sejak setahun lepas dan boleh dikatakan dark mode banyak membantu dari segi visual.
Walaupun Dark Mode dalam Windows 10 tak secantik Dark Mode versi Apple Macos Mojave, tetapi ianya, boleh pakai. Saya pun hairan kenapa syarikat yang kaya raya, besar dan ramai otak yang berbakat seperti Microsoft tak mampu buat rekaan UI yang cantik untuk Windows.
Satu lagi fungsi baru ialah Snip & Sketch yang memudahkan untuk anda print screen dan edit atau crop screenshot. Akses Screen Snip mengunakan shortcut Win + Shift + S atau klik pada butang Screen Snip di Action Center.
Butang Screen snip di Action Center.
Satu lagi fungsi penting yang bagi saya sangat berguna ialah fungsi Clipboard baru yang hampir sama dengan fungsi Clipboard di Android. Anda boleh copy (control + V) text, atau gambar dan kemudian akses balik dengan mudah dengan shortcut Win + V.
Tidak banyak fungsi-fungsi baru dalam Windows 10 October 2018 update, tapi peningkatan kestabilan dan penambahan fungsi berguna seperti Screen Snip, Snip & Sketch, Clipboard dan sebagainya itu sangat dialu-alukan. Harapnya selepas ini Microsoft fokus untuk mencantikkan pula antaramuka Windows OS.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
kura2
Sets feature belum muncul. so sad