Drama, Movie, Games, Data Telco, Servis Digital Percuma – Hiburan Sepanjang #DudukRumah

servis digital percuma covid-19

Bosan duduk rumah dan tak tahu nak buat apa? Banyak aktiviti boleh buat seperti kemas rumah, cuci longkang, basuh kereta, atau cuci dan kemas barang-barang dalam peti ais mana la tahu separuh barang tu dah expired 2 tahun setengah. Nak bersenam pun boleh atau buat je mana-mana #dudukrumahchallenge di tiktok dan IG.

Kalau anda perlukan hiburan pula, ini kompilasi drama, movie, games, data telco, servis digital percuma yang anda boleh layan untuk habiskan masa sepanjang tempoh duduk rumah. Anda duduk rumah je dua minggu ni, okay?

Drama, Movie, TV Shows Korea, Hollywood, Melayu Percuma

iflix percuma

1 – Iflix Malaysia memberikan akses percuma 1 bulan. Tebus di www.iflix.com guna kod : tonton_iflix

Dalam iflix banyak drama dan movie Korea popular, movie, tv shows Hollywood dan juga siri tv drama Melayu dan filem-filem Melayu. Kalau minat filem Korea, tonton Along With the Gods, Rampant, On Your Wedding Day, The Outlaws, A Taxi Driver, The Last Princess dan banyak lagi.

astro percuma

2 – Astro percuma semua channel termasuk channel movie HBO, TVN – buka TV dan tonton semua channel berbayar Astro secara percuma sehingga 31 Mac 2020.

astro go percuma

3 – Astro Go menawarkan pendaftaran percuma untuk anda tonton siaran Astro percuma di peranti Android, iPhone dan iPad sehingga 31 Mac 2020.

viu percuma

4 – VIU Malaysia menawarkan 2 bulan percuma, claim di aplikasi Lazada. VIU menawarkan banyak drama Korea, filem Korea dan juga siri tempatan VIU Originals popular seperti Black dan banyak lagi.

Oh ya, filem Korea yang menang Oscar iaitu Parasite pun ada di VIU, tonton sekarang jika anda belum.

BACA :  Mi Store Menawarkan Diskaun Sehingga 12% Untuk Redmi Note 4, Redmi 4A, Mi Box Dan Banyak lagi

Data Telco Percuma – Celcom Maxis Digi Umobile Yoodo #Covid19

yoodo free data covid19

1 – Yoodo beri 1GB Data percuma hari Jumaat 20 Mac 2020 dan juga 1GB Data percuma pada Isnin 23 Mac sehingga 27 April 2020. Sebagai pengguna Yoodo, terima kasih Yoodo, data murah, call murah, banyak benda free, anda memang baik hati.

 2 – Celcom beri akses Whatsapp percuma bermula 8 pagi hingga 6 malam untuk pengguna postpaid Celcom dan prepaid Xpax.

unifi percuma covid19

maxis data percuma covid19

⠀⠀⠀

3 – Maxis tawar 3GB data percuma untuk semua pelan Postpaid. Pengguna prepaid Hotlink pula dapat percuma 20GB untuk pembelian HotlinkMU. Maxis juga tawar akses percuma zero data usage untuk portal berita seperti Astro Awani, Berita Harian, Bernama dan banyak lagi.

digi free data covid19

4 – Digi tawar 1GB data percuma setiap hari untuk pengguna Postpaid dari jam 8 pagi hingga 6 petang menerusi aplikasi MyDigi. Digi juga tawar 1GB data dan panggilan percuma untuk pelanggan Digi yang membuat tambah nilai.

umobile free data covid19

5 – Umobile tawar 2x data hotspot untuk pengguna GX50, GX68, P99 dan P139.

Tomb Raider, Watch Dogs Dan Banyak Lagi Games Percuma di Steam dan Epic Store

tomb raider free steam covid19

2 game Tomb Raider kini percuma di Steam. Claim, dan simpan dalam akaun Steam anda dan main bila-bila masa nanti. 

Claim sekarang Tomb Raider dan Lara Croft : Temple of Osiris.

Lagi game free di Steam : Headsnatchers

watch dogs free epic store covid19

Epic Store menawarkan Watch Dogs dan The Stanley Parable percuma sehingga 26 Mac 2020. Claim sekarang dan main puas-puas bila ada masa.


Kongsikan biar ramai tahu, jangan enjoy seorang diri sahaja ya?



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


Leave a Reply