Dua hari lepas, saya baru sahaja pandu kereta lebih 500 km (pergi-balik) untuk menonton filem Furious 7 di TGV Mesra Mall, Kerteh. Memandangkan dekat Kelantan tiada panggung wayang TGV, GSC dll, alternatif terdekat ialah pandu kereta dari Kelantan (saya tinggal di Tanah Merah) ke Kerteh, Terengganu yang mengambil masa selama 3 – 3.5 jam perjalanan sehala.

lebuhraya-pantai-timur-(lpt)

lebuhraya-pantai-timur-(lpt)

 

Perjalanan agak mudah selepas Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di buka sepenuhnya. Kalau dulu, jarak dari Tanah Merah ke Kerteh mungkin mengambil masa lebih 4- 5 jam sehala. Menggunakan lebuhraya pantai timur, jarak perjalanan banyak dikurangkan dan boleh dicapai dalam masa 3-3.5 jam, bergantung kepada keadaan trafik dan kelajuan.

tgv mesra mall

tgv mesra mall

 

Lokasi TGV MESRA MALL (GOOGLE MAPS) 

Lihat Peta yang Lebih Besar

TGV Mesra Mall terletak di Kerteh. Mula dibuka kalau tak silap saya tahun 2010. Pertama kali saya datang ke sini kerana sebelum ini menetap di luar Pantai Timur. Kalau anda dari Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Jerteh yang tak familiar sangat dengan jalan untuk ke Mesra Mall boleh Waze atau Google Maps dulu sebelum datang.

 

Apa yang ada dekat Mesra Mall? Kedai Apple Switch, Rotiboy, Nandos, Burger King, Secret Recipes antara outlet yang ada dekat Mesra Mall ini.

tgv mesra mall

tgv mesra mall

 

Saya booking tiket secara online dan print-out tiket untuk lebih mudah. Anda boleh beli tiket siap2 di website rasmi TGV. Jadi tak perlu beratur dekat kaunter. Sampai-sampai saja terus masuk. Normally, saya simpan email untuk bukti pembelian atau boleh guna apps. Anda boleh pilih mana yang anda rasa lebih convenient.

Hall dekat dalam TGV Mesra Mall tak sebesar hall dekat panggung wayang tempat lain yang famous tapi bagi saya dah cukup convenient.

Berbaloi ke drive jauh-jauh dari Kelantan ke Mesra Mall?

It depends. Macam saya boleh justify drive jauh-jauh ini sebab;

  • Furious 7 terbaik, filem yang awesome saya tak sanggup tengok yang CAMRip quality, kena tengok dekat wayang baru sedap.

  • Saya anggap ia sebagai getaway, santai lepak hujung minggu. Tipikal sangat kalau orang kelantan selalu lepak KB Mall, kadang-kadang kena pergi tempat lain juga.

Sedikit side-notes

Kalau anda sanggup drive jauh-jauh untuk tengok wayang, pastikan cerita yang nak tengok tu betul-betul berbaloi. Lepas Furious 7 ini, ada Avengers : Age of Ultron pula. Boleh ajak member ramai-ramai pergi so boleh save duit minyak dan boleh tukar-tukar driver kalau penat.

Bagi yang drive berdua tu, pastikan pesan dekat partner untuk awasi speed. Bila dah masuk LPT tu, boleh jadi ‘speed demon’ tanpa sedar dah bawa laju gila tak ingat dunia…boleh pergi > 160 km/h in the blink of an eye. Itu pengalaman saya yang dah lalu LPT lebih 3 kali setakat ini.

Panggung wayang dekat Kelantan pula saya dah dengar bermacam-macam rumors sejak beberapa tahun lagi, tak tahu adakah ia akan materializes atau tidak. Sekali sekala, perlu sedikit hiburan juga.

Gambar dan artikel oleh Einz.

732 total views, 1 views today