Ini Adalah DualSense, Controller Baru Sony PS5 Dengan Tona Warna Hitam-Putih

ps5 controller dualsense

Bulan lepas, Sony buat pertama kali telah mendedahkan spesifikasi konsol generasi baru mereka iaitu Sony Playstation 5 / Sony PS5 yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun 2020. Kini, Sony juga telah mendedahkan rupa dan beberapa fungsi controller PS5 serba baru yang diberi nama DualSense.

DualSense Controller Baru Sony PS5 Menggantikan DualShock 4

Menurut Sony, pereka PS5 cuba meneroka arus baru dalam dalam pemilihan warna controller DualSense dan akhirnya memilih rekaan dua-tona iaitu gabungan hitam dan putih. Sony juga telah menambah microphone terbina dalam controller bagi memudahkan pemain menggunakan voice-chat tanpa perlu microphone atau headset tambahan. 

Antara fungsi baru dalam DualSense pula ialah Adaptive Trigger di dalam butang L2 dan R2 untuk lebih “feel” ketika anda melakukan sesuatu aksi seperti menarik anak panah. Butang “Share” pula telah digantikan dengan butang “Create” yang lebih memudahkan perkongsian ketika bermain game dan juga memudahkan proses “content creation” seperti rakam dan rekod gameplay dan sebagainya.

Berdasarkan gambar awal yang dikongsi Sony, nampaknya DualSense kini akan menggunakan sambungan USB-C yang lebih universal. Beberapa fungsi dan aspek baru dalam DualSense akan didedahkan di masa hadapan sebelum pelancaran rasmi PS5 ke pasaran.

⠀⠀⠀

Mengikut tinjaun kami di Twitter dan Reddit, terdapat sebilangan besar peminat setia Sony kurang berpuas hati dengan pemilihan warna dua-tona untuk controller DualSense. Ramai beranggapan bahawa DualSense nampak lebih elegan dan timeless sekiranya dilancarkan dalam warna hitam.

ps5 controller dualsense

Rekaan mockup oleh redditor.

dualsense ps5 controller

Mockup DualSense dalam beberapa versi God of War dan Spiderman. Serius cantik yang versi Spiderman tu.

BACA :  Main Game Lebih Lancar Di Windows 10 Menggunakan Fungsi Game Mode (Creators Update)

Sony PS5 dijangka akan dilancarkan pada November/Disember 2020 ini dengan harga sekitar $499 (RM1999 – RM2099). Sudahkah anda bersedia menabung?



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





shopee raya 2020 

RAYA BERSAMA SHOPEE 💯 - CLAIM VOUCHER DISCOUNT UNTUK LEBIH PENJIMATAN ! 👌🏼

 iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply