Program e-Tunai Rakyat : Cara Claim RM30 Kredit eWallet Touch N Go, Boost dan GrabPay

rm30 e-tunai rakyat

Program e-Tunai Rakyat merupakan inisiatif Belanjawan 2020 oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai (cashless transaction) di kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun eWallet bukan perkara baru, namun sebilangan besar rakyat Malaysia masih lagi bergantung kepada duit fizikal untuk berbelanja seharian. Jadi program e-Tunai Rakyat ini mahu mendorong rakyat untuk lebih terbuka menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai e-Wallet.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk agihan kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020 dengan pendapatan tahunan kurang dari RM100,000. Penebusan duit credit eWallet RM30 akan bermula pada 15 Januari 2020 dan tamat pada 14 Mac 2020

 

Touch n Go eWallet, Boost dan GrabPay Dipilih Sebagai eWallet Rasmi Program e-Tunai Rakyat

Ketika ini, rakyat Malaysia ada lebih 10 pilihan aplikasi eWallet yang majoriti adalah dijalankan oleh syarikat terkemuka. Bagaimanapun, hanya 3 eWallet telah dipilih untuk program e-Tunai Rakyat berdasarkan jumlah pengguna (market share) iaitu Touch n Go eWallet, Boost dan GrabPay.

Cara claim duit RM30 e-Tunai Rakyat ke eWallet TnG, Boost, GrabPay bermula 15 Januari 2020 Click to Tweet

Cara Claim RM30 e-Tunai Rakyat – Touch n Go eWallet

touch-n-go-ewallet-etunai-rakyat

Untuk claim RM30 e-Tunai Rakyat ke Touch n Go eWallet, anda perlu pasang aplikasi TnG eWallet di iPhone atau smartphone Android.

Download TnG eWallet : iPhone | Android

Anda boleh masukkan referral code gyqvw6 ketika mendaftar akaun baru TnG eWallet untuk dapatkan 100% rebat tol sebanyak 3 kali. 

Anda juga perlu mengesahkan identiti menggunakan IC dan gambar/video selfie, boleh ikuti langkah dalam video di bawah.

Update 15/3/2020 : Anda sudah boleh claim RM30 e-Tunai Rakyat ke Touch n Go e-Wallet.

claim rm30 e-tunai rakyat tng ewallet

Buka app TNG eWallet > tekan butang e-Tunai Rakyat > dan tekan Claim Now! selepas mengesahkan IC dan gambar/video selfie anda (Verify ID). Proses penebusan sebanyak RM30 akan dibuat dan anda akan menerima kredit dalam tempoh 5 hari.

Jika anda pengguna baru Touch n Go e-Wallet, jangan lupa masukkan invite code gyqvw6 untuk dapatkan rebate tol.

Cara claim RM30 e-Tunai Rakyat guna Boost e-Wallet

boost etunai rakyat

Untuk claim RM30 e-Tunai Rakyat ke Boost e-Wallet, anda perlu pasang aplikasi Boost di iPhone atau smartphone Android.

Download Boost e-Wallet : iPhone | Android

⠀⠀⠀

Anda boleh masukkan invite code inthg13 ketika mendaftar akaun baru Boost eWallet untuk dapatkan kredit percuma sehingga RM5. 

Anda juga perlu mengesahkan identiti menggunakan IC dan gambar/video selfie dan menggunakan Boost Premium wallet untuk tebus duit eTunai Rakyat.

BACA :  Pengguna Unifi atau Streamyx ? Jom Semak Kelayakan untuk Free Internet Speed Upgrade oleh TM

boost premium wallet malaysia

Cara upgrade Boost ke Premium Wallet > user > tekan butang Upgrade to Premium Wallet > scan IC dan gambar/video selfie anda.

boost e-wallet premium upgrade error

Kalau anda ada masalah upgrade Boost Basic Wallet kepada Premium Wallet atau jumpa Upgrade Error (Reached limit per ID) dalam app Boost, cuba log out dan log in kembali. 

Boost Wallet saya sebelum ini ada masalah Premium Wallet asyik revert ke Basic Wallet, lepas log out / log in balik baru okay.


claim rm30 e-tunai rakyat boost

Update 15/3/2020 : Anda sudah boleh claim RM30 e-Tunai Rakyat ke Boost e-Wallet.

Buka app Boost > tekan butang e-Tunai Rakyat > dan tekan Submit Claim selepas mengesahkan IC dan gambar/video selfie anda (Verify ID). Proses penebusan sebanyak RM30 akan dibuat dan anda akan menerima kredit dalam tempoh 5 hari.

Jika anda pengguna baru Boost e-Wallet, jangan lupa masukkan invite code inthg13 untuk kredit percuma bernilai sehingga RM5.

Cara claim RM30 e-Tunai Rakyat ke GrabPay Wallet

grabpay etunai rakyat

Untuk claim RM30 e-Tunai Rakyat ke GrabPay Wallet, anda perlu pasang aplikasi Grab di iPhone atau smartphone Android.

Aktifkan fungsi GrabPay Wallet dengan scan IC anda di dalam aplikasi Grab.

Jika anda tertanya-tanya, ya duit RM30 eTunai Rakyat jika dimasukkan ke dalam GrabPay, anda boleh gunakan untuk bayar ride kereta Grab atau bayar pesanan makanan melalui GrabFood.

RM30 Duit e-Tunai Rakyat – Cadangan Penggunaan ke Saluran Yang Betul

Jika anda telah claim duit RM30 e-Tunai Rakyat bermula 15 Januari 2020; ini adalah cadangan bagaimana anda boleh memanfaatkan duit RM30 itu sebaiknya tanpa habiskan ke perkara kurang penting seperti kopi hipster dan makanan kaya dengan kolestrol.

  1. Petrol – ya gunakan untuk isi minyak seperti di Petronas, Petron, Shell dan sebagainya
  2. Barangan penjagaan harian yang tahan lama seperti pencuci muka, deodorant, sabun, perfume; atau barangan runcit keperluan
  3. Bil utiliti seperti bil air, astro, TNB atau reload prepaid telco
  4. Beli aplikasi dalam iPhone yang anda sangat perlu gunakan, tetapi belum terbeli lagi kerana harga yang mahal
  5. Alatulis, buku, kertas untuk pelajar kolej dan universiti

RM30 mungkin anda rasa bukan nilai yang besar, tapi kalau digunakan ke saluran yang betul ada lah faedah-nya tu.

————————————–
Versi English : e-Tunai Rakyat Program : How To Claim RM30 Credit e-Wallet Touch N Go, Boost, GrabPay

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter dan Whatsapp.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


Leave a Reply