Saya kini ada habit baru, lepas balik kerja atau ketika bosan saya akan duduk berehat sambil mendengar lagu dari Spotify pada speaker PC. Kalau dulu saya tak nampak kelebihan bluetooth speaker, kini segalanya berubah lepas saya beli speaker baru untuk PC saya bulan lepas. Speaker tersebut ialah Edifier M1370BT dan ini merupakan ulasan ringkas dari saya selepas menggunakan ia untuk beberapa ketika.

Sebelum beli speaker ini, saya banyak buat research mengenai speaker yang berharga bawah RM200 yang mempunyai kualiti yang bagus. Logitech, Salpido, Sonic Gear, Edifier antara jenama speaker yang saya consider, dan akhirnya buat keputusan untuk beli speaker bluetooth Edifier selepas teliti harga, features dan specs.

Edifier M1370BT Review

Edifier M1370BT Review

 

Rekaan Edifier M1370BT yang berwarna hitam sepenuhnya, ringkas tapi moden. Ia merupakan speaker 2.1 dengan total RMS 34W, dua speaker stereo dan Woofer sebesar 5-inci.

Model Edifier M1370BT
Keluaran 2013
Total RMS 34W (8W x 2 + 18W Woofer)
Channel 2.1 Stereo ( 2 stereo speaker + 5” Woofer)
Warna Hitam
Harga ~ RM170 – RM199
edifier m1370 bt review

edifier m1370 bt review

 

Kotak Edifier M1370BT.  Saya beli dari Jayacom dan penghantaran adalah percuma.

edifier m1370 bt malaysia

edifier m1370 bt malaysia

 

Saiz Woofer yang agak besar, kena ada meja atau ruang yang luas untuk letak. Bluetooth feature speaker ini dia on by default, dan tiada option untuk turn off melainkan turn off speaker sepenuhnya.

edifier m1370 bt speaker

edifier m1370 bt speaker

 

Dari segi kualiti sound, bagi saya ia berbatu-batu jauh meninggalkan speaker Sonicgear lama milik saya (2.0 speaker). Saya dah try bermacam-macam audio : mp3, wav, flac…bass is plenty and loud, kalau full volume boleh bergegar satu bilik atau ruang tamu juga. Mungkin bukan pilihan tepat bagi audiophiles atau pengguna speaker high end 5.1, tapi bagi pengguna kasual, saya rasa kualiti audio sudah cukup baik dan padan dengan harga.

edifier m1370 bt review

edifier m1370 bt review

 

Bluetooth pairing agak mudah, dan compatible dengan iPhone serta peranti Android. Memang sungguh convenient mengawal volume, skip lagu, stream lagu di app Spotify, Youtube dan sebagainya terus ke speaker.

Kesimpulan

Setakat ini saya sangat berpuas hati menggunakan speaker ini dan merasakan ia sangat berbaloi dengan harga yang saya beli – RM170 termasuk shipping. Lepas ini susah untuk go back kepada speaker biasa selepas dah terbiasa dengan speaker yang ada bluetooth ini.

                                    Pros                                Cons
  • Harga mampu milik
  • Tiada fungsi off bluetooth
  • Rekaan moden
  • Perlu ruang yang luas untuk meletakkan speaker ini
  • Kualiti audio yang baik dan fungsi bluetooth sangat convenient

Beli Edifier M1370BT

Jika berminat untuk memiliki speaker seperti saya, anda boleh dapatkan di kedai komputer berdekatan atau beli secara online dari link di bawah.

Beli Edifier M1370BT Speaker (Jayacom)

(Gambar dan spec dekat Jayacom adalah kurang tepat, tapi M1370BT exactly macam model yang saya guna di atas)

739 total views, 1 views today