Install Epic Games Store Untuk Permainan PC Percuma Setiap Minggu

epic games store malaysia

Epic Games Store merupakan online gaming store seakan Steam yang semakin meningkat naik selepas populariti Fortnite melonjak ke langit dalam masa singkat. Sebagai salah satu langkah promosi kepada PC gamers, Epic Store menawarkan permainan PC percuma setiap minggu. Permainan percuma yang ditawarkan Epic termasuk game daripada studio besar dan juga indie.

Epic Store Tawar Permainan PC Percuma Setiap Minggu

epic store free pc games

Sejak awal pelancaran Epic Store, saya tidak terlepas untuk mendapatkan permainan PC percuma setiap minggu – antaranya World of Goo, Torchlight, Overcooked, Super Meat Boy dan banyak lagi. Kalau dikira nilai game tersebut, saya telah jimat dalam $100, satu nilai yang agak besar. Selain games PC percuma, Epic Games Store juga turut menjual banyak lagi PC games eksklusif yang tidak dijual di Steam.


epic store free pc game

Game PC yang ditawarkan Epic minggu ini ialah Moonlighter dan This War of Mine. Minggu depan pula game Alan Wake dan For Honor. Kalau tak install Epic Store, dah 4 game percuma anda terlepas, rugi besar dah tu.

Jom download Epic Games Store di PC anda.

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


Leave a Reply