ethereum mining gpu

Sejak beberapa bulan lepas, harga graphic card AMD dan Nvidia mengalami masalah kekurangan stok dan menyebabkan harga graphic card popular seperti AMD RX 580 dan Nvidia GTX 1060 6GB naik mendadak. Ini adalah berpunca daripada kegilaan ‘ethereum mining’ di mana graphic card dibeli dalam kuantiti yang banyak dan digunakan semata-mata untuk ‘mining’ sepanjang hari, minggu dan bulan. (gambar : cryptoyeti)

Ethereum Mining – Buat Duit Guna Graphic Card AMD Radeon & Nvidia Geforce GTX

harga graphic card amd nvidia

Kekurangan stok dan harga yang mahal juga menyebabkan pemain PC terkesan dan terpaksa pilih antara dua – beli graphic card pada harga mahal atau tunggu sehingga harga turun. Kedua-dua pilihan ini agak menyakitkan hati kerana harga graphic card dijangka tidak akan turun selagi mana aktiviti ‘ethereum mining’ ini tidak dihentikan.

Untuk maklumat anda, sepatutnya harga bagi AMD RX 580 dan GTX 1060 ialah RM1000 – RM1400 tetapi kini naik kepada RM1600 – RM1900.

Ethereum Mining

Apa itu Ethereum Mining? Ethereum (ETH) merupakan salah satu cryptocurrency yang bernilai tinggi selain Bitcoin (BTC). Kenaikan mendadak harga nilai 1 ETH menyebabkan ramai orang seluruh dunia yang menceburi bidang ‘crypto-mining’ ini sebagai salah satu punca pendapatan dan mereka ini dipanggil sebagai Miner. ETH secara teori lebih mudah untuk di-mining berbanding BTC menggunakan graphic card AMD Polaris seperti RX470/480/570/580 dan Nvidia Pascal GTX 1060.

Kalau satu kedai ada stok 50 RX 580 / GTX 1060, miner akan beli kesemua mereka dan jadikan sebagai mining rig dengan beberapa graphic card (biasanya 6-8 gpu dalam satu rig). Pengeluar graphic card seperti AMD dan Nvidia pula tidak mampu menghasilkan graphic card dengan jumlah yang banyak, dan bila demand lebih tinggi daripada supply, maka harga produk akan jadi sangat mahal.

Apakah itu mining?

ethereum mining r9 380

Mining merupakan proses graphic card komputer menjalankan siri pengiraan kompleks melibatkan 100% gpu usage dan disambungkan kepada kepada beberapa server. Miner software khas seperti Claymore diperlukan untuk mining ETH. Keupayaan pengiraan kompleks ini pula bergantung kepada keupayaan sesebuah graphic itu dan dinilai dalam unit Hashrate (Mh/s). Sebagai contoh, graphic card yang saya guna (AMD R9 380) mempunyai hashrate sebanyak 19-20 Mh/s manakala graphic card popular seperti RX 580 dan GTX 1060 mempunyai 25-30 Mh/s.

Semakin tinggi Mh/s, semakin cepat sesebuah komputer itu mampu mengumpul coin (1 ETH). Coin ETH ini disimpan dalam Ethereum Wallet.

1 ETH bernilai $319.39 (pada tarikh artikel ini ditulis) dan nilai ini mungkin bertambah atau berkurang. ETH yang diperoleh boleh ditukar kepada Bitcoin (BTC) atau dijual dalam nilai US Dollar. Satu komputer yang dipasang 6 x RX580 boleh mempunyai hashrate sekitar 160-180 Mh/s dan mereka yang melabur besar boleh dapatkan balik modal dalam masa yang singkat. Bagi kebanyakan miner, mendapat untung beberapa ratus $USD sebulan sudah berbaloi asalkan balik modal dan dapat ‘duit percuma’ tanpa kerja keras.

ethereum mining r9 380 overclock

Berbaloi ke buat duit dengan Ethereum Mining? Masalah utama mining ialah komputer perlu dipasang dan disambung ke internet 24/7 dan menggunakan elektrik yang tinggi dan seterusnya menyebabkan bil elektrik bulanan naik. Kalau hanya mining sejam dua sehari, ia merupakan perbuatan sia-sia kerana perlu ambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan hasil.

Jika menggunakan graphic card AMD, anda boleh overclock memory (OC) dan undervolt (UV) untuk kurangkan penggunaan elektrik. Anda boleh gunakan AMD Wattman atau MSI Afterburner untuk OC dan UV. Berdasarkan pengalaman saya, Afterburner lebih stabil dan mudah berbanding Wattman.


Secara ringkas, untuk buat duit dengan cara Ethereum Mining, samada perlu menggunakan ‘mining rig’ yang sesuai kerana ‘mining’ menggunakan satu graphic card sahaja tidak berbaloi kerana anda perlukan habiskan masa dan elektrik yang banyak untuk mencapai 1 ETH. Bagaimanapun, ramai yang ‘mining’ secara part time iaitu biarkan komputer semalamam apabila tidak digunakan. Sikit-sikit jadi bukit. Ada gaming PC tapi bila tiada masa main game, on PC dan biarkan PC mining ETH.

Selain itu, anda juga perlu pandai untuk trading ETH, buy low sell high. Beli ETH masa harga jatuh dan jual ETH masa harga mahal. Pastikan berurusan dengan pihak yang boleh dipercayai kerana urusniaga cryptocurrecy tidak dipantau penguatkuasa seperti Bank Negara.

Bagaimanapun, saya berharap kegilaan Ethereum Mining akan surut dan miner beralih kepada benda lain supaya harga graphic card tidak kekal mahal seperti sekarang ini.



RELATED POSTS