external graphic card laptop

Hukum fizik masih membataskan keupayaan sesebuah laptop untuk gaming dan kerja grafik intensif. Laptop nipis biasanya mempunyai ketahanan bateri yang lama tetapi mempunyai keupayaan memproses grafik yang lemah manakala laptop yang mempunyai keupayaan grafik yang bagus pula biasanya tebal, berat, mudah panas, mahal malah ketahanan bateri pula terlalu singkat.

External Graphic Card Untuk Laptop

Idea menggunakan external graphic card adalah bagi menyelesaikan masalah seperti yang dijelaskan tadi, di mana pemilik laptop nipis boleh membawa laptop mereka ke mana sahaja tanpa perlu risaukan haba dan ketahanan bateri. Ketika perlu, external graphic card boleh disambung menggunakan connector USB Type C dengan sokongan Thunderbolt 3 untuk menambah keupayaan laptop bagi bermain game atau membuat kerja grafik yang intensif seperti menggunakan perisian Adobe, menyunting video 4K dan sebagainya.

External graphic card juga membolehkan pengguna laptop untuk sentiasa upgrade ke model graphic card terbaru tanpa perlu membeli laptop generasi baru semata-mata untuk menikmati peningkatan keupayaan graphic. Antara produk-produk external graphic card yang akan tiba di pasaran ialah :

Razer Core

razer core external graphic card

Razer Core merupakan casing bagi desktop graphic card yang menggunakan teknologi AMD Xconnect dengan connector USB Type C dan Thunderbolt 3. Ia menyokong sebilangan model graphic card daripada AMD Radeon dan Nvidia Geforce. Razer Core ditujukan khas kepada pemilik laptop Razer Blade generasi baru tetapi ia juga menyokong laptop-laptop generasi baru dengan sokongan Thunderbold 3. Razer Core tidak didatangkan dengan graphic card dan ia bermakna anda perlu membeli sendiri graphic card daripada AMD atau Nvidia dan sekaligus meningkatkan kos keseluruhan.

Harga : $499 (casing razer core) tidak termasuk dekstop graphic card ~RM2029

Acer Graphics Dock GTX 960M

acer external graphic card

Razer Core dan teknologi AMD Xconnect lebih menumpukan kepada menggunakan graphic card desktop secara external, tetapi Acer menampilkan Acer Graphics Dock dengan graphic GTX 960M terbina dalam. Ia juga menggunakan teknologi USB Type C dengan Thunderbolt 3 dan bersaiz jauh lebih kompak.

Harga : Dijangka sekitar EUR300 dengan graphic GTX 960M ~RM1375

Limitasi External Graphic Card

Buat masa sekarang, lumrah teknologi baru ialah harga bagi pemilik awal adalah agak mahal. Anda perlu memiliki laptop generasi baru dengan sokongan USB Type C dan Thunderbold 3 untuk menggunakan external graphic card. Anda juga digalakkan memilih model laptop dengan cip Intel i5/i7 versi quad-core untuk mengelakkan bottleneck. Jika anda memilih menggunakan Razer Core sebagai contoh, anda juga perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli graphic card desktop.

Saya jangkakan kos bagi memiliki external graphic card akan menjadi lebih murah selepas 3 tahun iaitu pada tahun 2019. Sepertimana SSD yang dahulunya sangat mahal kini sudah mampu dimiliki ramai pengguna selepas kos menjadi lebih murah.


Saya harapkan post ini lebih meningkatkan pengetahuan anda mengenai teknologi dan hardware baru dalam dunia komputer. Jom kongsikan artikel ini dengan rakan2 anda juga. 🙂

720 total views, 1 views today