fifa 16 origin access

EA Origin Access merupakan servis melanggan games keluaran EA seperti Fifa, Need for Speed, Battlefield dan banyak lagi tanpa perlu membayar harga penuh sesebuah games. Bayaran yang dikenakan bagi langganan Origin Access ialah SGD $6.45 (~RM18.50) bagi tempoh 1 bulan dan anda boleh memainkan sebilangan games yang termasuk dalam katalog Origin Access.

FIFA 16 Origin Access

Fifa 16 merupakan games terbaru dalam katalog Origin Access dan bagi pelanggan sedia ada anda boleh terus download dan install Fifa 16 di PC ataupun Xbox One. Bagi pelanggan baru pula, anda perlu membuat langganan Origin Access dulu. Sebagai perbandingan, harga penuh bagi Fifa 16 ialah sekitar RM200 dan pada harga RM18.50 sebulan, anda boleh memainkan Fifa 16 menerusi Origin Access selama 11 bulan bagi mencapai harga sebenar game Fifa 16 ini.

Demo Fifa 16 juga boleh dimuat turun secara percuma menerusi Origin dan anda boleh cuba dulu sebelum membeli atau melanggan.

Adakah idea melanggan games sesuatu yang bagus, anda rasa?

238 total views, 1 views today