final fantasy x steam

Masih ingat Yuna, Tidus & co? Selepas berbelas tahun, game legendary PS2 iaitu Final Fantasy X dan Final Fantasy X-2 kini dilancarkan untuk pelantar Steam (Windows PC). Jika anda rindukan kenangan bermain PS2 lebih sepuluh tahun lepas, boleh dapatkan game ini sekarang di Steam pada harga yang cukup istimewa iaitu RM44.80, sangat rendah kerana harga bagi market lain ialah $24 (RM96).

Final Fantasy X, X-2 HD Remaster Steam

Pengalaman peribadi saya, FFX merupakan antara top 3 game Final Fantasy terbaik sepanjang zaman yang pernah saya main. Grafik, watak, jalan cerita dan juga lagu tema yang ‘memorable’ merupakan salah satu faktor FFX sangat popular hingga ke hari ini.

 

Final Fantasy X dan X-2 HD Remaster menawarkan dua game pada satu harga dan pelbagai pilihan untuk resolusi dan kualiti grafik. Anda juga boleh bermain FFX,X-2 di dalam resolusi 4K. Terdapat pilihan suara Japanese dan English beserta subtitle, tetapi anda boleh memasang ‘patch’ untuk mendapatkan suara Japanese dan subtitle English.

Klik : FFX,X-2 Voice Mod

Setakat artikel ini ditulis, game FFX, X-2 HD Remaster sudah menerima banyak reviu positif di Steam (Very Positive (1,162 reviews)) dan ianya sesuatu yang sangat baik.

Jika seumur hidup anda belum pernah main Final Fantasy X, saya sarankan beli dan main FFX HD Remaster ini ! 🙂

214 total views, 1 views today



RELATED POSTS