Fujifilm XF10 – Kamera Sensor APS-C Untuk Generasi Instagram dan VSCO, Harga Separuh Lebih Murah Daripada iPhone X

 

 

fujifilm xf10 champagne gold

Fujifilm merupakan syarikat yang terkenal dengan produk kamera yang mempunyai standard yang tinggi, nilai kesenian yang mendalam dan harga yang premium. Dalam beberapa tahun ini, Fujifilm telah mengeluarkan beberapa model kamera yang mesra pengguna baru dengan harga yang berpatutan.

Kini, Fujifilm hadir dengan XF10, kamera bersaiz kompak, ringan dan mempunyai sensor APS-C seperti kamera DSLR dan Mirrorless. Menariknya, Fujifilm XF10 ini ditujukan khas untuk pengguna social media seperti Instagram dan juga peminat aplikasi VSCOCAM.

Fujifilm XF10 – Kamera Sensor APS-C Untuk Generasi Instagram dan VSCO

fujifilm xf10 malaysia

Kenapa Fujifilm XF10 satu kamera yang menarik?

Pertama ialah saiz yang kecil dan ringan, hanya sekitar 280g termasuk lens terbina dalam dan memory card. Saiz pula lebih kecil daripada iPhone X seperti dalam gambar di atas menjadikan ia satu kamera yang mudah dibawa ke mana-mana. XF10 juga mempunyai pilihan warna yang popular iaitu Gold dan Black.

Paling penting ialah harga Fuji XF10 ini iaitu hanya $500 (~RM2000). Untuk pasaran Malaysia pula, saya menjangkakan harga pelancaran XF10 sekitar ~RM2300 – RM2500, separuh daripada harga iPhone X.

Fuji XF10 – kamera untuk generasi Instagram, VSCOCAM

Fuji XF10 memang satu kamera yang ditujukan untuk pengguna Instagram dan VSCOCAM. Ini beberapa fungsi menarik XF10

  • Lens 18.5mm F/2.8 – 28mm equivalent focal length seperti lens iPhone
  • Sensor APS-C yang menghasilkan bokeh sebenar dan keupayaan low-light yang jauh lebih bagus berbanding smartphone
  • Operasi menggunakan touch-screen
  • Mempunyai wifi dan bluetooth untuk fungsi remote dan pemindahan gambar pantas ke smartphone
  • Tukar aspect ratio gambar ke 3:2. 16:9 dan 1:1 square photo dengan mudah
  • Fujifilm color science yang menghasilkan tona kulit yang cantik
  • Pilihan pelbagai Fuji Film Simulation seperti Provia, Velvia, Pro Neg Hi,
  • Flash terbina dalam
  • Filter khas untuk Food Photography, Landscape dan sebagainya

Sekiranya Fuji XF10 ini dilancarkan pada harga di bawah RM2500, saya jangka XF10 akan jadi popular di kalangan peminat photography dan boleh jadi alternatif kepada Sony A6000 bagi mereka yang tidak gemar menukar lens.

Untuk sampel gambar dan spesifikasi penuh, boleh klik butang di bawah.

Fujifilm XF10 Product Specs PDF

Kredit gambar : Fuji XF10 (Keith Wee)



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply