Sejak dari hari pertama saya beli iPhone, saya terus pasang full screen tempered glass. Hampir setahun berlalu, saya kini sudah masuk kali ketiga menukar tempered glass, kesemuanya adalah brand yang berlainan. Jika anda sayangkan iPhone anda, saya amat galakkan supaya menggunakan full screen tempered glass berbanding screen protector biasa atau tempered glass yang low-cost.

Full Screen Tempered Glass Untuk iPhone

 

Kelebihan penggunaan full screen tempered glass pada iPhone ini;

  1. Melindungi screen daripada pecah atau calar bila terjatuh atau hentakan
  2. Mengelakkan yellowish atau panel depan iPhone jadi kekuningan selepas penggunaan yang lama. Biasanya terjadi kepada iPhone dengan panel depan putih – iPhone Silver dan Gold.
  3. Kalau dah lama pakai tempered glass, bila remove tu, iPhone nampak still macam baru. Sebabnya panel dan bezel penuh ada ‘protection’┬áselama tempoh penggunaan tu.

Manakala keburukan menggunakan full screen tempered glass pada iPhone pula;

  1. iPhone jadi sedikit tebal. Biasanya tempered glass ni akan berketebalan 0.2mm – 0.3mm.
  2. Panel ‘tiruan’ tidak flashy seperti iPhone asal. Tetapi sekilas pandang biasanya orang tidak perasan bahawa anda menggunakan tempered glass.

Full screen tempered glass pertama, saya beli jenama Benks. Pecah semasa kekalutan musim banjir hujung 2014. Selepas itu, saya beli full screen tempered glass jenama Nilkin. Secara jujur, saya lebih suka yang jenama Benks tetapi saya beli Nilkin atas dasar ingin mencuba dan Nilkin juga lebih murah.

Baru-baru ini, tempered glass Nilkin ini pecah dan saya telah menukar baru kepada jenama Rock.

tempered glass iphone

Sesi menukar tempered glass baru.

full-tempered-glass-iphone

Sebelum pasang tempered glass baru, buang segala habuk dan kesan cap jari pada screen iPhone.

iphone-full-screen-tempered-glass

Siap dipasang. Slightly thicker bila dah pasang masuk casing sekali.

full-screen-iphone-tempered-glass

Full tempered glass + metal bumper.

A post shared by Eins Trigger (@einsync) on

 

Next time kalau nak cari tempered glass untuk iPhone, cari lah yang full screen, bukan yang nampak sipi-sipi tu. Tebal sikit tapi masih tolerable atas dasar protection sebab sekali screen pecah, terbang macam tu je RM300-RM400 untuk replace skrin baru. Benda simple, tapi boleh jadi lifesaver untuk iPhone anda. Boleh beli di kebanyakan kedai phone pada harga RM30 – RM50.

Klik share untuk kongsikan artikel ini dengan rakan FB dan Twitter ya. ­čÖé

906 total views, 3 views today