ios 11



iOS 11 yang baru diumumkan oleh Apple pada 2 hari lepas menerima banyak sambutan positif di kalangan peminat Apple sendiri termasuklah ramai juga pengguna Android yang turut merasa teruja dan kagum. Dalam tempoh 2 hari ini juga, ramai ‘beta-tester’ telah menemui banyak fungsi-fungsi baru dalam iOS 11 yang tidak diumumkan oleh Apple. Berikut merupakan 11 fungsi baru dalam iOS 11 yang akan membuatkan iPhone jadi lebih canggih dan ‘awesome’.

11 Fungsi Baru Dalam iOS 11 Yang Akan Menjadikan iPhone Anda Lebih ‘Awesome’

ios 11 control center

1. Control Center Kini Customisable

Control Center di dalam iOS 11 kini boleh diubah dan disusun mengikut citarasa anda. Sudah lama pengguna iOS mengharapkan customisable CC dan kini fungsi ini hadir di dalam iOS 11.

iOS 11 screen recording

2. Screen Recording Terbina Dalam

iOS 11 juga dilengkapi fungsi Screen Recording tanpa perlu aplikasi tambahan dan juga tanpa Jailbreak. Fungsi screen recording boleh diakses melalui Control Center dan ini bermakna anda boleh merakam mana-mana screen dalam bentuk video. Sangat berguna untuk video tutorial atau app review.

ios 11 camera app

3. Professional Filter Dalam Camera App dan Potrait Mode

Apple telah menambah filter baru di dalam Camera App yang lebih kelihatan ‘pro’ berbanding filter basic di iOS sebelum ini. Tona kulit kini lebih cantik dan nampak ‘natural’. Potrait Mode di dual camera iPhone 7 Plus juga menyokong fungsi filter baru ini dan serta fungsi image stabilization, HDR dan Flash.

hevc ios 11

4. HEVC Video dan HEIF Image

Dalam 2 generasi iPhone yang lepas, Apple menggunakan kamera sensor 12MP dan juga menyokong rakaman video 4K. Hasilnya, gambar dan video yang dihasilkan lebih berkualiti tinggi tetapi saiz gambar kamera dan video 4K yang besar boleh menyebabkan storan dalaman iPhone cepat penuh.

Penambahan fungsi HEVC video (High Efficiency Video Codec) dan HEIF (High Efficiency Image Format) boleh menjadikan gambar serta video yang diambil menggunakan kamera iPhone kepada saiz yang lebih kecil tanpa menjejaskan kualiti. Menurut Apple, HEVC (H265) lebih efisien berbanding H264 dan HEIF lebih bagus dari segi compression berbanding dengan JPEG biasa.

live photos ios 11

5. Live Photos – Loop, Bounce, Long Exposure

Live Photos akan menerima 3 fungsi baru iaitu Loops (seakan Boomerang), Bounce dan efek Long Exposure untuk star trails dan smooth water reflections.

Files app ios 11 file manager

6. Files App – File Manager untuk iOS

iOS tidak mempunyai File Manager sehinggalah iOS 11 diperkenalkan – dan file manager ini akan dikenali sebagai Files App. Menyokong pengurusan file, video, photos, mp3 secara local (offline) dan juga mempunyai akses terus kepada Cloud Storage seperti iCloud Drive One Drive, Dropbox dan sebagainya.

apple pay friends imessages

7. Apple Pay menggunakan iMessages

iMessages di dalam iOS 11 kini membolehkan anda menghantar wang kepada rakan-rakan dengan mudah. Hanya tekan butang Pay, masukkan jumlah dan pembayaran akan dibuat berdasarkan kad kredit yang anda link dengan Apple Pay.

Fungsi ini bagaimanapun masih belum jelas adakah ia akan boleh digunakan di Malaysia atau tidak.

apple indoor maps ios 11

8. Indoor Maps Menyokong Aiport dan Shopping Mall Terkemuka

Ini fungsi yang sangat awesome untuk anda yang gemar travel ! Apple Maps akan menyokong indoor maps dan lane guidance untuk lapangan terbang serta shopping mall terkemuka di seluruh dunia. Tak perlu lagi pening cari maps di dalam Mall atau pakai aplikasi lain untuk carian direktori ketika travel atau shopping.

9. NFC pada iPhone menyokong lebih banyak peranti

Dalam iOS 11 juga, fungsi NFC akan digunakan untuk tujuan selain pembayaran menggunakan Apple Pay. Mungkin NFC akan menyokong pairing dengan peranti pihak ketiga seperti Mirrorless Camera, NFC Wireless Speaker dan sebagainya? Sama-sama kita tunggu.

siri translator

10. Siri hadir dengan pilihan 2 suara Female/Male, menyokong fungsi Translator

Siri di dalam iOS akan mempunyai pilihan suara Female atau Male. Siri juga akan menyokong fungsi Translation dengan mudah.

one handed keyboard ios 11

11. One Handed Keyboard

Sebelah tangan pegang cawan kopi Starbucks dan sebelah tangan pegang iPhone tapi nak menaip Whatsapp dengan cepat? iOS 11 kini memudahkan anda untuk taip dengan sebelah tangan terutama pengguna iPhone 6/7 Plus.


Sebagai pengguna iOS sejak bertahun lamanya, fungsi baru dalam iOS 11 ini jauh lebih mengujakan berbanding iOS 10 yang dilancarkan tahun lepas. Secara jujur, saya sendiri tidak upgrade kepada iOS 10 dan kekal guna iOS 9 tetapi iOS 11 saya akan update secepat mungkin selepas versi penuh dilancarkan oleh Apple nanti.

Adakah anda gembira dengan fungsi baru di dalam iOS 11?



RELATED POSTS