galaxy-note-8-dual-camera

Competition is good. Dual-camera pada smartphone mula dipopularkan oleh iPhone 7 Plus dan Huawei P9 pada tahun 2016. dan mendapat banyak maklum balas positif. Untuk tahun 2017, kita lihat banyak smartphone baru pelbagai jenama tampil dengan dual-camera dengan harga bermula serendah RM1000+ seperti Asus Zenfone 4 Max Pro. Kini, Samsung buat pertama kalinya memperkenalkan fungsi dual-camera versi mereka sendiri pada peranti generasi baru Samsung Galaxy Note 8.

Menurut Samsung, dual camera Note 8 adalah lebih canggih dan menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi berbanding pesaing mereka. Jom kita lihat beberapa sampel gambar dan analisis awal mengenai hardware seperti sensor kamera dan teknologi yang digunakan.

Galaxy Note 8 Dual Camera – Sampel Gambar Dan Analisis Hardware & Software

Galaxy Note 8 merupakan smartphone pertama yang mempunyai Optical Image Stabilization (OIS) pada kedua-dua lensa kamera belakang. Sensor camera wide angle mempunyai focal length 26mm dan sensor camera kedua mempunyai focal length 52mm. Camera setup ini membolehkan anda menggunakan 2X Optical Zoom, ala iPhone 7 Plus.

Primary camera : 12 Megapixel, 26mm focal length, saiz sensor 1/2.55 aperture F/1.7 dengan OIS
Secondary camera : 12 Megapixel, 52mm focal length, saiz sensor 1/3.4″ aperture F/2.4 dengan OIS

Sebagai perbandingan, iPhone 7 Plus mempunyai kamera sensor 12 MP, lensa 28mm F/1.8 OIS + lensa 56mm F/2.8 tanpa OIS.

Sampel gambar kamera Galaxy Note 8 (26mm F/1.7)

galaxy note 8 dual camera sample

Aplikasi kamera Galaxy Note 8 membolehkan anda mengambil gambar dalam aspect ratio 4:3 ataupun 18:5:9 yang lebih menggunakan sepenuhnya kelebaran skrin Note 8.

galaxy note 8 dual camera sample 2

galaxy note 8 dual camera sample 3galaxy note 8 dual camera sample 1

Gambar Note 8 yang diambil dalam aspect ratio 18:5:9.

Seperti kebiasaan gambar daripada kamera smartphone Samsung, tona warna kelihatan sangat terang dan memiliki kontras yang agak bagus.

Sampel gambar kamera Galaxy Note 8 (52mm F/2.4) Dengan Live Focus (Bokeh Potraid Mode)

galaxy note 8 bokeh

Seperti smartphone dual camera lain, Note 8 juga mempunyai fungsi “Potrait Mode” untuk menghasilkan gambar dengan latar belakang ‘blurry’ atau ‘bokeh’. Potrait mode versi Samsung ini dikenali sebagai Live Focus dan pengguna Note 8 boleh mengubah ‘blur’ sebelum mengambil gambar dan selepas mengambil gambar. Kamera Note 8 juga boleh mengambil gambar serentak di dalam dua focal length berbeza – satu wide dan satu zoomed-in Potrait.

Kualiti gambar bokeh kamera Note 8 dilihat boleh menyaingi kamera iPhone 7 Plus dan bokeh nampak ok jika dilihat pada skrin smartphone.

samsung note 8 bokeh camera blur

Bagaimanapun, ‘bokeh’ simulasi masih jauh untuk mengatasi bokeh yang dihasilkan daripada kamera DSLR atau Mirrorless sebenar. Bila zoom-in, anda akan nampak efek ‘softened edges’ seperti mana berlaku pada dual-camera smartphone lain.


Samsung dilihat yakin akan keupayaan kamera Note 8 yang mengatasi kamera iPhone 7 Plus dalam kualiti gambar dan juga rakaman video. Bulan depan, Apple dijangka melancarkan iPhone 8 yang dilengkapi kamera serba baru dan sama-sama kita nantikan kecanggihan kamera iPhone 8 pula.

Walaupun saya hampir pasti tidak akan membeli kedua-dua iPhone 8 dan Note 8, tetapi persainganan untuk memajukan kualiti kamera smartphone sangatlah digalakkan kerana teknologi baru itu sesuatu yang sangat mengujakan.

Sumber : GSMArena

 



RELATED POSTS