game mode windows 10



Kemaskini terbaru Windows 10 yang dinamakan sebagai Creators Update kini sedia dimuat turun oleh semua pengguna Windows 10 secara percuma. Antara fungsi baru dalam Creators Update ialah Game Mode yang membantu menjalankan game dengan lebih lancar. Konsepnya hampir sama dengan perisian pihak ketiga “Game Booster” yang akan mematikan process atau services yang tidak penting bagi mengurangkan CPU dan RAM usage supaya tiada gangguan ketika bermain game.

Game Mode Windows 10

game mode windows 10 settings

Game Mode Windows 10 ini lebih sesuai jika digunakan pada komputer dengan spesifikasi sederhana seperti processor dual-core dan ram di bawah 4GB. Jika anda mempunyai komputer spesifikasi tinggi, mungkin anda tidak rasa efek Game Mode ini.

Cadangan setting adalah seperti gambar di atas : Enable Game Bar dan toggle On/Off menggunakan Win+G, matikan fungsi Game DVR kerana boleh memberi impak negatif kepada frame-rate game dan turn on butang Use Game Mode.

Bergantung kepada hasil yang anda dapat, anda boleh hidupkan atau matikan Game Mode bila-bila masa sahaja di dalam Settings.

Selamat mencuba!



RELATED POSTS