google duo malaysia

Mudah dan cepat, merupakan faktor utama Facetime sangat popular berbanding aplikasi panggilan video lain. Tetapi Facetime hanya boleh digunakan di peranti iOS dan Mac sahaja dan ini membuatkan pengguna platform Windows dan Android terpaksa menggunakan Skype, Hangouts dan sebagainya.

Google Duo merupakan aplikasi baru oleh Google sendiri yang menawarkan panggilan video yang mudah, cepat serta berkualiti seperti Facetime – dan ianya boleh digunakan di iOS dan juga Android.

Google Duo – Panggilan Video Ala Facetime di iOS dan Android

Berdasarkan percubaan ringkas saya, kualiti panggilan video Duo boleh dikatakan agak baik dan lancar. Panggilan video boleh dibuat menggunakan Wi-Fi dan juga Data. Seperti Facetime juga, sambungan internet yang laju digalakkan untuk menikmati kualiti video dan audio yang tinggi.

Saya jangkakan Duo akan jadi lebih popular di masa akan datang selepas ramai orang menyedari kelebihannya berbanding Skype dan lain-lain.

Download Duo iOS | Download Duo Android | Download Duo Android (apk)

223 total views, 3 views today



RELATED POSTS