Google Kini Menghalang Huawei Daripada Menggunakan Android dan Play Store

google block huawei android

Jika anda mengikuti perkembangan berita politik dan ekonomi dunia, ketegangan antara kerajaan US dan China dalam beberapa tahun ini akhirnya membawa kepada terjadinya “Trade War“. Minggu lepas, Donald Trump telah mengumumkan bahawa syarikat Huawei telah disenarai hitam daripada menjalankan aktiviti perdagangan di US. Kini, Google pula mengumumkan bahawa Huawei telah dihalang daripada menggunakan sistem operasi Android dan servis Google seperti Play Store, Gmail dan Youtube.

Google Kini Menghalang Huawei Daripada Menggunakan Android dan Play Store

huawei own smarpthone os

Keputusan Google menghalang Huawei daripada menggunakan Android dan Play Store ini merupakan berita yang sangat menggemparkan kerana Huawei kini merupakan syarikat pembuat telefon pintar kedua terbesar di dunia selepas Samsung. Lebih besar daripada Apple. Di Malaysia sendiri komuniti pengguna smartphone Huawei adalah sangat besar dan peranti flagship Huawei seperti P20 Pro, Mate 20 Pro dan P30 Pro adalah sangat popular.

Apa bakal terjadi kepada pengguna Huawei ?

Pengguna smartphone Huawei sedia ada masih boleh mengakses Play Store, Gmail, Youtube dan banyak lagi servis Google seperti sedia ada. Cuma kemungkinan besar, Huawei tidak lagi boleh mengeluarkan kemaskini terbaru seperti Android Q yang sudah pun dijadualkan untuk pelancaran di peranti utama seperti P30 Pro tidak lama lagi.

Bagaimana dengan pengguna Honor?

Honor merupakan sub-jenama di bawah Huawei, buat masa sekarang belum pasti adakah nasib Honor sama seperti Huawei.


Kenapa US anti-Huawei dan bukan Oneplus, DJI dan banyak lagi syarikat teknologi besar daripada China?

Ini kerana Huawei sering dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan China yang kemudian membangkitkan isu data peribadi atau maklumat sulit yang berpotensi boleh diakses oleh pemerintah China. Pengasas syarikat Huawei sendiri merupakan bekas pegawai yang berkhidmat dengan People’s Liberation Army. Sejauh mana kebenaran mengenai ‘risikan data’ ini tidak diketahui.

BACA :  Perbandingan Sebelum dan Selepas Menukar Bateri iPhone Di Apple Authorized Service Center

Huawei juga mempunyai kelebihan besar dalam bidang teknologi 5G yang jauh mengatasi pesaing di US. Atas dasar privasi dan keselamatan negara, US menghalang syarikat telekomunikasi US daripada menggunakan teknologi Huawei dalam mengembangkan teknologi 5G.

Huawei buat sistem operasi (OS) sendiri?

Pada Mac 2019 lepas, Huawei telah mengumumkan mereka telah membina sistem operasi sendiri untuk smartphone sebagai “backup plan” sekiranya US dan Google mengenakan sekatan lesen Android.

Kemungkinan besar sistem operasi sendiri Huawei ini berasaskan AOSP (Android Open Source Project) cuma tanpa akses Google Play Services. Secara ringkas, aplikasi Android masih boleh dijalankan seperti biasa cuma servis Google seperti Play Store, Gmail, Youtube tidak lagi terbina dalam. Ini bukanlah masalah besar bagi Huawei di China kerana pengguna China boleh hidup tanpa Google tetapi ia adalah masalah besar bagi pengguna Huawei di seluruh dunia yang sangat bergantung kepada servis Google.

Trade War US – China bakal bawa kesan buruk kepada Apple?

Pasaran China adalah pasaran yang sangat besar dan sangat penting bagi Apple iPhone. Trade War antara US dan China ini berpotensi menyebabkan pengguna produk Apple di China memboikot Apple sebagai balasan kepada US memboikot Huawei. Adakah perkara ini akan terjadi?


Buat masa sekarang, pihak Huawei belum mengeluarkan lagi kenyataan rasmi mengenai sekatan pengguna Android dan Play Store oleh Google. Apa pendapat anda mengenai isu Huawei, Google dan Trump ini?



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply