Pixel 3 dan Pixel 3 XL dilancarkan – Telefon Pintar Keluaran Google 2018

Antara telefon pintar flagship yang ditunggu ramai peminat telefon pintar adalah telefon Pixel keluaran Google. Kini penantian tersebut telah berakhir apabila Pixel 3 dan Pixel 3 XL diumumkan secara rasmi di event Google beberapa jam yang lepas. Perbezaan yang ketara antara Pixel 3 dengan Pixel 3 XL adalah saiz bateri dan skrin. Spesifikasi lain adalah hampir sama. Berikut adalah ciri – ciri terbaru yang diperkenalkan pada Pixel 3 dan 3XL.

Skrin

Paparan skrin Pixel 3 adalah 5.5 inci OLED serta dengan 18:9 aspect ratio dan resolusi FHD+ berbanding skrin hanya 5.0 inci 16:9 pada Pixel 2. Pixel 3 XL pula adalah 6.3 inci OLED notched dengan 18.5:9 aspect ratio dan kualiti QHD+ berbanding 6.0 inci 16:9 pada Pixel 2 XL. Paparan Pixel 3/3XL juga menyokong mode Always On Display, HDR serta Boost Color Mode.

Bateri

Pixel 3 mempunyai kapasiti sebesar 2915mah, manakala Pixel 3 XL mempunyai kapasiti sebesar 3430mah. Pixel 3/3 XL juga menyokong fast charging 18W (charger disertakan dalam kotak) dan wireless charge. Bersempena itu, Google juga melancarkan wireless charger mereka tersendiri yang dikenali sebagai Pixel Stand yang mampu mengecas bateri telefon Pixel 3/3XL secara wireless dengan kuasa 10W serta mempunyai fungsi-fungsi lain. Pixel Stand dijual secara berasingan.

Kamera

Kamera utama Pixel 3/3 XL mengekalkan sensor yang digunakan pada Pixel 2/2 XL. Google masih menegaskan untuk menggunakan 1 kamera pada flagship mereka tahun ini. Disebabkan itu, Google telah menumpukan kepada pembangunan software dan AI untuk membolehkan gambar diambil dengan lebih baik. Sebelum ini, mod Potrait dan HDR+ ciptaan Google mendapat pujian daripada ramai pengguna telefon Pixel. Untuk Pixel 2018, Google telah membuat penambahan beberapa mod baru pada kamera iaitu TopShot, Night Sight, Photoboth dan Super Res Zoom bagi mencapai kualiti gambar yang lebih cantik. Kamera Pixel 3/3 XL juga menyertakan mod yang dipanggil Fused Video Stabilisation untuk mengurangkan gegaran semasa perakaman video.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beberapa sampel gambar daripada kamera Google Pixel 3.

google pixel 3 low light sample

Teknologi computational photographyer HDR+ oleh Google kini menggabungkan 15 keping gambar dalam satu masa berbanding 9 keping gambar di dalam Google Pixel generasi lepas. HDR+ kini menghasilkan gambar yang lebih tajam dengan exposure yang tepat serta noise yang sangat rendah walaupun ketika dalam kurang cahaya.

Walaupun Apple cuba menanding teknologi HDR+ Google dengan memperkenalkan teknologi Smart HDR di dalam iPhone XS, nampaknya dengan pelancaran Pixel 3 ini, Google masih lagi di hadapan Apple dari segi computational photography.

google pixel 3 portrait mode

Portrait Mode yang dihasilkan oleh Pixel 3 kini lebih realistik dan seperti iPhone XS dan Galaxy Note 9, jumlah blur pada gambar Portrait Mode kini boleh diubah selepas gambar diambil. Anda boleh pilih samada untuk efek blur yang lebih tinggi atau efek blur yang sederhana mengikut kesukaan anda.

google pixel 3 portrait mode

Google nampaknya yakin dengan teknologi computational photography, AI dan machine learning mereka, tetapi saya berpendapat Google perlu juga menambah lens tambahan di kamera belakang Google Pixel generasi seterusnya. Sehebat manapun software itu, masih sukar menandingi hardware dan optik sebenar.

Kan lebih bagus kalau kamera Pixel anda boleh pilih 3 focal length sekaligus – 18mm ultra-wide, 28mm wide-angle dan 50mm atau 85mm untuk telephoto zoom. Ditambah lagi dengan kecanggihan HDR+ mesti lagi gempak !

Kamera Depan

Walaupun kamera belakang Pixel 3/3 XL masih satu, Google telah menyertakan dwi- kamera hadapan. Satu kamera dengan sudut normal 75° f/1.8 dan satu kamera sudut luas 97° f/2.2 . Kamera bersudut luas pastinya akan diminati oleh pengguna yang suka mengambil gambar wefie atau gambar selfie di tempat pemandangan yang indah. Kamera bersudut normal mempunyai autofocus, manakala yang sudut luas hanya terhad kepada fixed focus. Kamera hadapan juga mempunyai digital image stabilisation.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Contoh gambar yang diambil menggunakan kamera depan Pixel (wide angle 28mm).

google pixel 3 camera sample

Dan ini pula gambar yang diambil menggunakan kamera depan Pixel menggunakan lens ultra-wide 19mm.

google pixel 3 wide angle selfie

Saya berharap selepas ini Google akan menambah lens ultra-wide untuk kamera belakang juga kerana lens ultra-wide boleh memberikan perspektif yang berlainan lebih-lebih ketika mengambil gambar travel dan landscape atau cityscape.

Audio

Pixel 3/ 3 XL masih mengekalkan stereo speaker di hadapan untuk mendengar kualiti audio yang tinggi. Malangnya, Google bertindak untuk membuang 3.5mm audio jack pada Pixel 3/3 XL. Meskipun begitu, Google telah memberi adapter USB-C to 3.5mm audio jack dan Pixel USB-C  earbuds percuma di dalam kotak Pixel 3/3 XL.

Prosesor & Storan Dalaman

Seperti kebanyakan telefon flagship 2018, Pixel 3/3 XL dikuasakan dengan prosesor Snapdragon 845. Prosesor ini diiringi dengan jumlah RAM sebesar 4GB serta kapasiti storan dengan pilihan 64GB atau 128GB. Tiada sokongan untuk SD Card.

Lain- Lain

Pixel 3/3 XL mempunyai ketahanan kalis air IP68 berbanding, IP67 pada Pixel 2/2 XL. Pixel 3/3 XL mempunyai ciri menarik yang dikenali sebagai Call Screening yang akan merekodkan percakapan si pemanggil dan akan dipaparkan di skrin telefon kita. Pixel 3/3 XL juga disertakan dengan chip khas dipanggil Titan M yang mana menurut Google akan melindungi data pengguna daripada ancaman penggodam. Selain itu, Pixel 3/3 XL boleh didapati dalam 3 pilihan warna iaitu, Hitam, Putih dan Pink.

 

 

 

 

 

shopee voucher malaysia
Voucher diskaun RM7 untuk pembelian pertama di Shopee. Masukkan kod "HIISO223" ketika checkout di App Shopee.

Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

1 thought on “Pixel 3 dan Pixel 3 XL dilancarkan – Telefon Pintar Keluaran Google 2018

Leave a Reply