GoPro Melancarkan Kamera Aksi Generasi Baharu — HERO7 Black, Silver dan White

 

Hari ini syarikat pembuat kamera aksi GoPro telah melancarkan kamera aksi generasi baru untuk tahun 2018 iaitu HERO7 Black, HERO7 White dan HERO7 Silver. Ketiga-tiga mempunyai spesifikasi berbeza.

GoPro Melancarkan Kamera Aksi Generasi Baharu — HERO7 Black, Silver dan White

GoPro HERO7 Black

HERO7 Black merupakan kamera aksi flagship dalam keluarga HERO7 yang menawarkan video stabilisation yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, HERO7 Black juga menawarkan fungsi baru yang dipanggil HyperSmooth stabilisation. HyperSmooth menurut GoPro membolehkan rakaman diambil dengan stabil walau dalam situasi dimana motor gimbal penstabil gagal berfungsi seperti dalam air dan dalam keadaan gegaran dan angin yang kuat. HERO7 Black juga membawakan mod video baru yang dipanggil TimeWarp (biasanya dikenali sebagai hyperlapse).

Spesikifasi Hero7 Black

  • HyperSmooth stabilisation
  • Live streaming terus ke media social seperti Facebook, Instagram, Twitch dan Vimeo
  • Kualiti Gambar: 12mp, 30fps photo burst, pilihan gambar format RAW
  • Kualiti Rakaman Video: 4K 60fps, 2.7K 120fps dan 1080p 240fps
  • Skrin sentuh 2 inci
  • Kalis air sehingga 10m
  • 8x slow-mo video, TimeWarp
  • Wi-Fi, GPS dan HDR
  • Voice Control, Enhanced Audio, Mic Input & HDMI ouput
  • Removable battery

GoPro HERO7 Silver

HERO7 Silver pula merupakan versi downgrade HERO7 Black dengan kekurangan beberapa fungsi yang ada pada HERO7 Black. Antaranya fungsi yang tiada adalah HyperSmooth stabilisation, Live Streaming dan HDR (High Dynamic Range).

Spesikifasi HERO7 Silver

  • Built-in electronic stabilisation (Ganti HyperSmooth stabilisation)
  • Tiada live streaming
  • Kualiti Gambar: 10mp, 15fps burst
  • Kualiti Rakaman: 4K 30fps, 1440p 60fps dan 1080p 60fps
  • Skrin sentuh 2 inci
  • Kalis air sehingga 10m
  • 2x slow-mo video, Timewarp
  • Wi-Fi, GPS dan WDR (Wide Dyamnic Range)
  • Voice Control
  • Non-removable battery

GoPro HERO7 White

HERO7 White pula merupakan model yang paling murah dan spesifikasi yang paling rendah.

Spesifikasi HERO7 White

  • Built-in electronic stabilisation
  • Tiada live streaming
  • Kualiti Gambar: 10mp, 15fps burst
  • Kualiti Rakaman: 1080p 60fps sahaja
  • Skrin sentuh 2 inci
  • Kalis air sehingga 10m
  • 2x slow-mo video, Timewarp
  • Wi-Fi
  • Voice Control
  • Non-removable battery

HERO7 Black akan dijual pada harga $400 (≈RM1652), HERO7 White pula pada harga $300 (≈RM1239) dan HERO7 $200 (≈RM826).



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply